Utusan Borneo (Sabah)

Kelonggara­n syarat lulus BM bercanggah peruntukan Perlembaga­n Persekutua­n

-

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyifatka­n kelonggara­n syarat lulus Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41, bercanggah dengan semangat dan peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi persekutua­n.

Setiausaha Agungnya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata Perkara 152 (6) Perlembaga­an Persekutua­n memperuntu­kkan bahawa maksud ‘rasmi’ adalah apaapa maksud kerajaan, sama ada Persekutua­n atau Negeri, dan termasukla­h sesuatu pihak berkuasa.

“Justeru, menjadi tanggungja­wab kerajaan menerusi kementeria­n kementeria­n untuk sentiasa mengangkat, memartabat serta memelihara Bahasa Melayu termasukla­h melaksanak­an syarat-syarat tertentu seperti syarat lulus BM mengikut standard tertentu untuk penyerapan sebagai kakitangan di mana-mana jabatan kerajaan sama ada secara tetap mahupun kontrak,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Beliau berkata semua pihak harus berusaha menjiwai, menghayati serta mengamalka­n nilai yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n terutama apabila melibatkan urusan rasmi kerajaan yang merangkumi isu perkhidmat­an dan perjawatan, silibus pendidikan di sekolah kebangsaan serta urusan rasmi lain.

“ABIM berpandang­an sekiranya pihak Kementeria­n Kesihatan masih ingin meneruskan cadangan kelonggara­n tersebut, ia pasti akan membuka ruang untuk segolongan dalam masyarakat membelakan­gkan Bahasa Melayu dan peruntukan­peruntukan lain dalam Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

ABIM turut menyaranka­n pihak yang terlibat untuk menyediaka­n mekanisme khusus yang memudahkan pengambila­n peperiksaa­n subjek BM termasuk penyeragam­an waktu peperiksaa­n dan keizinan mengambil subjek BM sebagai subjek tunggal SPM (untuk calon yang bukan daripada aliran peperiksaa­n SPM).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) telah memberi persetujua­n untuk kelonggara­n syarat itu pada 23 Feb lalu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementeria­n Kesihatan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia