Utusan Borneo (Sabah)

PRS letak muka baharu dalam PRU akan datang

-

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan mencalonka­n muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU-14) dalam usahanya menyerahka­n kesemua enam kerusi parlimen yang ditandingi­nya kepada Barisan Nasional (BN)

Presiden parti Tan Sri Dr James Masing Jemut bagaimanap­un tidak mendedahka­n jumlah muka baharu yang akan dicalonkan.

“Akan ada perubahan namun berapa ramai (muka baharu) saya masih teliti,” kata Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak kepada pemberita selepas acara ‘Ngiling Tikai’ atau penutup Pesta Gawai di kediamanny­a di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ditanya sama ada beliau telah menyerahka­n senarai calon kepada Ahmad Zahid, beliau berkata perkara itu akan diumumkan apabila tiba masanya.

PRS mempunyai enam kerusi parlimen dan Masing berkata beliau telah berjanji kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang parti itu akan menangi kesemua kerusi tersebut untuk BN pada PRU-14 nanti.

Mengulas isu lain berkaitan kenyataan beliau yang menjadi tajuk utama akhbar tempatan “No Dam No Road” (Tiada empangan tiada jalan raya), Masing berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan itu.

“Saya tidak pernah berkata tiada empangan tiada jalan raya, tajuk berita itu salah. Saya tidak pernah berkata demikian. Media yang kata.

“Jika kawasan terbabit tidak ada empangan, kerajaan masih akan bina jalan raya tapi akan ambil masa,” kata Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Sarawak.

Jelas beliau yang dimaksudka­nnya ialah pembinaan Empangan Baleh akan mempercepa­tkan proses pembinaan jalan raya ke Baleh yang akan menelan belanja RM17 bilion.

“Pada akhirnya, jalan akan dibina di seluruh Sarawak sama ada kawasan itu ada empangan atau tidak, namun jika ada empangan, empangan itu yang pada akhirnya akan membayar kos membina jalan,” katanya.

Beliau memberi contoh pembinaan jalan Bakun yang katanya dibiayai menerusi pendapatan yang dijana daripada Empangan Bakun.

Mengulas satu lagi isu, Masing berkata kerajaan negeri akan membina semula Rumah Panjang Kenyah 15 pintu di Uma Badeng, Sungai Asap di Belaga yang hangus terbakar baru-baru ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia