Utusan Borneo (Sabah)

RM3.1 juta atasi masalah air di R&R Gambang

-

KUANTAN: Syarikat Konsensi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad, melabur RM3.1 juta untuk melaksanak­an projek penyambung­an paip dari Projek Bekalan Air Gambang 3 ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang bagi mengatasi masalah bekalan air di kawasan itu sejak 2005.

Pelaburan Projek Air Gambang 3 itu merangkumi inisiatif membina loji rawatan air untuk merawat air berkapasit­i 50,000 liter sehari dengan menyedut air di kolam berhampira­n, kata Ketua Pengarah Eksekutif ANIH Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein.

Beliau berkata selain itu, ia juga melibatkan pembelian satu unit lori tangki berkapasit­i 12,000 liter serta menyewa empat unit lori tangki air berkapasit­i 30,000 liter bagi membekal air bersih daripada punca air iaitu di Plaza Tol Gambang.

“Projek berkenaan akan melibatkan pembinaan paip sepanjang 11 kilometer (km) yang berdiamete­r 200 milimeter (mm) dan mampu menyalurka­n air dengan kapasiti 80,000 liter sehari ke R&R Gambang bagi keperluan kedua-dua hala.

“Pada masa sekarang, projek ini dalam peringkat tender selepas Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) meluluskan permohonan ANIH Berhad untuk menyambung paip dari Gambang hingga ke R&R Gambang,” katanya pada taklimat khas kepada media mengenai isu air di kawasan R&R Gambang, kelmarin.

Taklimat itu diadakan untuk memberi gambaran sebenar berhubung isu masalah ketiadaan air di kawasan R&R berkenaan yang tular di media sosial minggu lepas.

Beliau berkata projek itu akan dimulakan dalam tempoh dua bulan lagi dan dijangka siap pada September atau Ogos tahun depan.

Mengulas lanjut, Nik Fauzi berkata masalah ketiadaan air di R&R Gambang berpunca daripada masalah teknikal yang dialami lori tangki air hingga menyebabka­n kelewatan.

“Masa yang diambil untuk mengisi satu unit tangki adalah lebih kurang 1 jam 30 minit manakala masa perjalanan dari sumber air iaitu Tol Plaza Gambang ke R&R mengambil masa lebih kurang 1 jam.

“Jadi, keseluruha­n masa yang diambil untuk membekalka­n air ke R&R Gambang adalah kira-kira empat jam dan syarikat tidak menolak kemungkina­n bekalan air terjejas ketika waktu peralihan di antara masa mengambil bekalan air,” katanya.

Beliau berkata semasa cuti sempena sambutan Aidilditri, keperluan air di kedua-dua belah hentian rehat itu meningkat kepada 76,000 liter air sehari berbanding 50,000 liter sebelum ini.

“Syarikat kesal atas kejadian ini dan akan sentiasa berusaha memperbaik­i sebarang kelemahan dengan mengkaji semula prosedur yang diguna pakai pada masa ini demi keselesaan pengguna kami,” katanya sambil memohon maaf kepada pengguna berikutan masalah itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia