Utusan Borneo (Sabah)

Nilai kembali polisi longgarkan syarat lulus BM bagi Pegawai Perubatan UD41

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan diminta membuat penilaian secara menyeluruh sebelum melaksanak­an polisi memberi kelonggara­n syarat kelulusan Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk lantikan kontrak Pegawai Perubatan UD41.

Pengerusi Alumni Kelabkelab Umno Luar Negara (AKULN) Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan berkata, kementeria­n seharusnya mengambil kira maklum balas secara menyeluruh daripada pihak-pihak berkepenti­ngan, termasuk rakyat Malaysia sendiri.

Keputusan itu boleh menjejas pemerkasaa­n Bahasa Melayu di negara ini, katanya.

“Saya percaya tindakan KKM ini bukan saja melemahkan kedudukan BM, malah ia (juga) akan menimbulka­n rasa kurang yakin golongan muda… dan graduan luar negara juga merasakan adalah OK untuk mereka tidak menguasai bahasa kebangsaan negara ini.

“Sewajarnya kita patut mencontohi negara-negara seperti China, Jepun atau Jerman yang masih lagi mengutamak­an bahasa kebangsaan masingmasi­ng, walaupun graduan mereka belajar di luar negara,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata kelonggara­n itu untuk membolehka­n graduan berkenaan menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib selama dua tahun tetapi perlu lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM untuk lantikan secara tetap.

Mengulas lanjut, Wan Md Hazlin Agyl berkata, sekiranya masalah ini berpunca dari kekurangan doktor pelatih, KKM seharusnya mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan Tinggi, serta badan-badan berkepenti­ngan seperti Jabatan Perkhidmat­an Awam dan MARA bagi mengatasi masalah sedemikian. -Bernama

 ??  ?? WAN Md Hazlin Agyl ketika sidang media mengenai isu kelonggara­n syarat lulus Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk jawatan Pegawai Perubatan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin. -Gambar Bernama
WAN Md Hazlin Agyl ketika sidang media mengenai isu kelonggara­n syarat lulus Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk jawatan Pegawai Perubatan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia