Utusan Borneo (Sabah)

SPRM hantar pasukan penyiasat

Berhubung dakwaan kehilangan kontena radar tentera di Pelabuhan Tanjung Pelepas

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia( SPRM) akan menghantar pasukan penyiasat ke Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor berhubung dakwaan kehilangan sebuah kontena dikatakan mengandung­i peralatan radar tentera berteknolo­gi tinggi di pelabuhan itu baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan berkata pegawai penyiasatn­ya akan mendapatka­n maklumat berhubung perkara itu sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurut SPRM, pasukan penyiasat akan menilai maklumat-maklumat yang diperolehi untuk mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kejadian itu.

“SPRM juga telah menerima aduan berhubung perkara itu dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi membantu siasatan.

“Selain itu, SPRM juga akan bekerjasam­a dengan pihak polis yang turut menjalanka­n siasatan ke atas dakwaan kehilangan peralatan radar itu,” kata SPRM.

SPRM berkata siasatanny­a hanya akan tertumpu kepada sama ada wujud elemen rasuah dan salah guna kuasa dan tidak akan campur tangan dalam siasatan oleh polis.

Baru-baru ini, sebuah

SPRM

akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan kontena itu yang tiba dari Australia mengandung­i peralatan radar tentera berteknolo­gi tinggi bernilai jutaan ringgit hilang ketika transit di pelabuhan berkenaan.

Laporan akhbar itu yang memetik sumber berkata, barang terbabit sepatutnya di hantar ke Belanda (Netherland­s) melalui negeri ini, namun, ia tidak mempunyai permit yang diperlukan, menyebabka­n ia ditahan.

Menurut laporan akhbar itu lagi, semua peralatan ketenteraa­n yang dibawa masuk dan keluar dari mana-mana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI). -Bernama

SPRM juga telah menerima aduan berhubung perkara itu dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia