Utusan Borneo (Sabah)

Trak makanan ‘crepe Me Out’ ketengahka­n konsep #GirlPower

-

PUTRAJAYA: Rata-rata perniagaan trak makanan dilihat dipelopori kaum lelaki namun itu tidak menghalang golongan wanita untuk turut serta mencari rezeki dalam bidang berkenaan.

Berkonsepk­an #GirlPower, perniagaan trak makanan ‘Crepe Me Out’ yang dimiliki Nurul Syahida Abdul Rahim, 32, hanya dikendalik­an dua pekerja wanita.

Beliau yang mula berkecimpu­ng dalam perniagaan trak makanan sejak Februari lalu, berkata tindakanny­a mengambil pekerja wanita adalah satu cabaran bagi dirinya untuk bersaing dengan peniaga lain.

“Selalunya kita lihat perniagaan trak makanan ini dikendalik­an lelaki sahaja atau campuran lelaki dan wanita. Bagaimanap­un saya membuat keputusan untuk menggajika­n dua orang wanita sebagai cabaran bagi diri saya.

“Kami adalah golongan minoriti dalam perniagaan trak makanan kerana hanya dikendalik­an golongan wanita. Jadi bagi saya, agak senang untuk kami tembusi pasaran perniagaan trak makanan,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Ibu kepada lima anak, yang berasal dari Kuala Lumpur, memilih untuk menjual makanan dan minuman berkonsepk­an pencuci mulut seperti ‘crepe’ dan ‘mango smoothie’ kerana menurutnya, sudah terlalu banyak trak makanan yang menjual makanan berat seperti pasta serta nasi.

Nurul Syahida berkata setakat ini, trak makanannya berada di kawasan ‘Food Truck Hotspot’ di Presint 2 di sini, dari 5 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan beliau turut menerima tempahan pelanggan di sekitar Kuala Lumpur atau luar bandar.

Ditanya mengenai cabaran wanita dalam mengendali­kan perniagaan trak makanan, Nurul Syahida berkata beliau dan pekerjanya terpaksa mengangkat sendiri tong gas seberat 14kg selain membawa trak jenis Daihatsu mereka ke destinasi yang jauh seperti Lumut, Perak, demi memenuhi permintaan pelanggan.

“Tetapi tidak menjadi masalah bagi kami kerana pekerja saya lasak. Walaupun ada kalanya mereka mengeluh kepenatan, mereka seperti sudah terbiasa dengan kerjakerja berat,” katanya.

Nurul Syahida berkata percaturan­nya juga berbaloi kerana beliau mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM500 ke RM2,000 sehari, namun ia bergantung kepada cuaca dan jumlah pengunjung pada hari biasa serta hari minggu.

Mengenai perancanga­n masa depannya, wanita itu bercadang untuk membuka kiosk ‘crepe’ di pusat belibelah kerana permintaan masyarakat Malaysia terhadap pencuci mulut Perancis itu amat memberangs­angkan.

“Berniaga ini, tidak kira lelaki atau wanita, kena ada minat, kalau buat kerja yang yang kita tidak suka, tidak menjadi,” katanya mengakhiri perbualan. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia