Utusan Borneo (Sabah)

Polis Johor tahan tiga indivdu, selamatkan lima mangsa pemerdagan­gan manusia

-

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan tiga individu dan menyelamat­kan lima wanita asing yang dipercayai mangsa pemerdagan­gan manusia dalam serbuan di dua premis di bandar raya ini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan yang dilakukan ke atas sebuah rumah penjagaan warga emas dan sebuah rumah ejen pembekal pekerja asing kira-kira 6.30 petang itu melibatkan tiga pegawai dan 12 anggota JSJ Johor menerusi Ops Lebaran.

“Tiga yang ditahan ialah dua lelaki tempatan berusia 60-an yang merupakan pengurus pusat penjagaan warga emas dan penjaga rumah ejen pembekal warga asing serta seorang wanita Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah,” katanya menerusi kenyataan, di sini kelmarin.

Kamarul Zaman berkata kesemua wanita yang diselamatk­an itu pula berasal dari Indonesia dan berumur antara 28 dan 60 tahun.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua wanita terbabit dieksploit­asi oleh majikan mereka dengan bekerja antara dua bulan hingga 10 tahun tanpa dibayar gaji.

Katanya ketiga-tiga yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 12 dan 13 Akta Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007 (Atipsom), Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen manakala mangsa yang diselamatk­an disiasat mengikut Seksyen 44 Atipsom.

“Matlamat utama Ops Lebaran ialah untuk membantera­s, mengekang serta melumpuhka­n kegiatan jenayah kekerasan, jenayah jalan andan jenayah bersin di ke t yang melibatkan semua jenis elemen jenayah.

“Sehubungan itu, polis Johor akan terus membuat serbuan, pemantauan dan pemeriksaa­n secara berterusan untuk membantera­s dan membendung semua gejala tidak sihat yang mengganggu­gugat ketenteram­an awam negeri Johor khasnya dan menyakitka­n mata hati masyarakat amnya,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia