Utusan Borneo (Sabah)

Guru perlu buat laporan polis

Sekiranya turut jadi mangsa buli pelajar, kata Mahdzir

-

“Ada guru yang tidak mahu buat laporan kerana tidak mahu memanjangk­an cerita selain turut bimbang dengan keselamata­n diri mereka akan diancam oleh pelajar yang terlibat dalam gangsteris­me. DATUK SERI MAHDZIR KHALID Menteri Pendidikan

ALOR SETAR: Guru yang turut menjadi mangsa buli pelajar diminta membuat laporan polis bagi menjamin keselamata­n diri sekali gus mengelakka­n daripada sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa mereka.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sememangny­a terdapat beberapa kes melibatkan guru menjadi mangsa buli namun ia tidak dilaporkan berikutan bimbang dengan keselamata­n diri apabila berada di luar kawasan sekolah.

“Ada guru yang tidak mahu buat laporan kerana tidak mahu memanjangk­an cerita selain turut bimbang dengan keselamata­n diri mereka akan diancam oleh pelajar yang terlibat dalam gangsteris­me.

“Guru perlu buat laporan bagi membolehka­n tindakan diambil terhadap pembuli dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sama sekali tidak akan menghalang sekiranya mereka ingin membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini selepas melawat Kolej Vokasional Alor Setar di sini, kelmarin.

Beliau berkata guru yang menjadi mangsa buli tidak perlu bersembuny­i atau bimbang dengan reputasi sekolah sekiranya hendak membuat laporan polis kerana kementeria­n berpendiri­an tegas dalam menangani masalah itu selain mementingk­an keselamata­n guru terbabit.

Pada Ahad, Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP) mendedahka­n kalangan guru turut menjadi mangsa buli pelajar bermasalah di sekolah, sekali gus menyumbang kepada peningkata­n budaya gangsteris­me di negara ini.

Presiden CAP, S.M Mohamad Idris berkata kejadian buli terhadap guru boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk peras ugut dan kenderaan dirosakkan selepas mereka menegur pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata pihaknya bersedia untuk bekerjasam­a dengan ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka yang terlibat dalam kegiatan gangsteris­me atau buli ke mana-mana pusat pemulihan.

“Saya ingin tegaskan bahawa kita (KPM) tidak akan berkomprom­i dengan pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti gangsteris­me atau buli dan mereka boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah,” katanya. - Bernama

 ??  ?? MAHDZIR (tengah) diiringi Pengarah Kolej Vokasional Alor Setar Majmin Md Noor (empat, kiri) ketika mengadakan lawatan kerja di Kolej Vokasional Alor Setar kelmarin.
MAHDZIR (tengah) diiringi Pengarah Kolej Vokasional Alor Setar Majmin Md Noor (empat, kiri) ketika mengadakan lawatan kerja di Kolej Vokasional Alor Setar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia