Utusan Borneo (Sabah)

Wadah perpaduan, keharmonia­n kaum

Lebih 5,000 hadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Jamawi

- Oleh JOHAN AZIZ

L

EBIH 5,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar dan isteri Zainatunni­sa Ibrahim di kediaman mereka di Taman Lebih Maju, Tenom, Sabtu lalu.

Antara pemimpin hadir adalah Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh yang juga Adun Melalap dan isteri Datin Seri Angeline Tom, Adun Kemabong yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Datuk Rubin Balang, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Melalap Simon Mamat, Ketua Penerangan Umno Keningau Azman Haji Ruslan dan Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nadzri Nik Zawawi.

Jamawi yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom dalam ucapannya berkata perayaan yang disambut di negara ini khususnya di Sabah menjadi wadah perpaduan dan keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama.

Katanya ia terserlah dengan kehadiran masyarakat pelbagai lapisan dan suku kaum serta anutan agama pada majlis rumah terbuka dalam apa juga perayaan di negeri ini.

“Sambutan masyarakat terhadap rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin semakin meningkat tanpa dibatasi perbezaan kaum dan agama.

“Ini menunjukka­n majlis rumah terbuka telah menjadi wadah dan pemangkin kepada perpaduan masyarakat di negeri ini.

“Selain rumah terbuka, amalan kunjung mengunjung pada musim Hari Raya juga adalah pemangkin kepada perpaduan selain mengeratka­n hubungan kekeluarga­an,” katanya.

Majlis rumah terbuka Jamawi yang bermula jam 10 pagi hingga 2 petang turut dihadiri oleh pemimpin masyarakat Tionghua serta pemimpin pertubuhan sukarela di daerah ini.

Sementara itu, pada hari yang sama di Tambunan, Ketua Wanita Umno Keningau Hajah Amelia Ajun dan suami Rahim Yassin telah mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman mereka di Kg Goliung Tambunan dan dihadiri lebih 3,000 orang.

Antara yang hadir, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan Ketua Umno Keningau Datuk Haji Sairin Karno dan isteri Datin Bibi Farizan Amjad, Naib Ketua PBS Tambunan Datuk Lawrence Gimbang, pemimpin Umno Bahagian Keningau, ahli perniagaan serta pemimpin masyarakat dari Tambunan dan Keningau.

Beliau menyifatka­n sambutan Hari Raya tahun ini walaupun dibuat sederhana sahaja namun begitu meriah sekali.

Katanya masyarakat pelbagai kaum dan agama turut merayakan dalam suasana yang harmoni dan muhibbah.

“Bagi saya, sambutan Hari Raya yang dirayakan setiap tahun menjadi landasan kepada seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini, khususnya di negeri ini mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan semangat setiakawan yang jitu.

“Saya percaya di bawah kepimpinan negara yang ada sekarang ini, perpaduan rakyat terus berkekalan dan menjadi contoh terbaik kepada negara lain di dunia,” katanya.

Sempena majlis itu, Amelia turut mengagihag­ihkan wang raya kepada kanak-kanak yang hadir. Beliau dan seluruh keluargany­a termasuk Ahli Jawatankua­sa Wanita Umno Bahagian Keningau mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Sambutan masyarakat terhadap rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin semakin meningkat tanpa dibatasi perbezaan kaum dan agama. Ini menunjukka­n majlis rumah terbuka telah menjadi wadah dan pemangkin kepada perpaduan masyarakat di negeri ini. JAMAWI JAAFAR Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia

 ??  ?? AMELIA (berdiri, dua belakang) sedang melayani para tetamu pada majlis rumah terbukanya di Kg Goliung Tambunan. Turut kelihatan Lawrence (duduk, kanan) dan tetamu lain.
AMELIA (berdiri, dua belakang) sedang melayani para tetamu pada majlis rumah terbukanya di Kg Goliung Tambunan. Turut kelihatan Lawrence (duduk, kanan) dan tetamu lain.
 ??  ?? AMELIA (lima kanan) dan suami Rahim bergambar bersama para tetamu. Turut kelihatan Sairin (tujuh kanan) dan isteri Bibi Farizan.
AMELIA (lima kanan) dan suami Rahim bergambar bersama para tetamu. Turut kelihatan Sairin (tujuh kanan) dan isteri Bibi Farizan.
 ??  ?? JAMAWI dan Zainatunni­sa (berdiri belakang) bergambar bersama Radin dan Angeline serta tetamu lain.
JAMAWI dan Zainatunni­sa (berdiri belakang) bergambar bersama Radin dan Angeline serta tetamu lain.
 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.
JAMAWI menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? JAMAWI dan Zainatunni­sa bergambar bersama-sama tetamu majlis.
JAMAWI dan Zainatunni­sa bergambar bersama-sama tetamu majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia