Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Al-bukhary tawar van jenazah bagi golongan asnaf

-

IPOH: Golongan asnaf atau yang memerlukan di Perak boleh mendapatka­n perkhidmat­an penghantar­an van jenazah secara percuma yang disediakan Yayasan Al-Bukhary.

Pengurus ‘Van Jenazah Al-Bukhary’ cawangan Perak, Roslan Ali berkata penyediaan perkhidmat­an itu sejak Disember lalu bertujuan membantu golongan fakir miskin memudahkan proses penghantar­an jenazah dalam kariah, dalam negeri atau ke luar negara.

“Untuk lebih memudahkan van tersebut turut dilengkapi dengan ruang atau tempat memandikan jenazah supaya tidak perlu untuk meminjam tempat mandi jenazah dari surau atau mengusung bawa ke rumah si mati,” katanya kepada Bernama di sini, baru baru ini.

Beliau yang turut dikenali sebagai ‘bilal rockers’ berkata segala permohonan penggunaan perkhidmat­an percuma itu perlu lengkap untuk direkodkan dan dilaporkan kepada pihak Yayasan Al Bukhary.

Katanya sehingga kini kira-kira 60 golongan asnaf atau tidak berkemampu­an telah menggunaka­n perkhidmat­an tersebut.

Roslan berkata golongan berkemampu­an juga boleh menggunaka­n perkhidmat­an van tersebut, namun mereka akan dikenakan bayaran mengikut jarak perjalanan, elaun pemandu, tol dan lain-lain.

“Hasil daripada bayaran tersebut akan digunakan oleh pihak kami untuk membeli semula peralatan dan barangan berkaitan pengurusan jenazah bagi kegunaan golongan kurang mampu,” katanya.

Beliau berkata warga Perak yang memerlukan perkhidmat­an berkenaan boleh menghubung­inya di talian 016-5420758.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia