Utusan Borneo (Sabah)

Kuarters guru di Gua Musang rosak diserang gajah liar

-

GUA MUSANG: Sebuah bangunan kuarters guru di Sekolah Kebangsaan Sri Permai, Pos Pasik di sini, rosak selepas ‘diserang’ sekumpulan kira-kira 10 ekor gajah liar yang datang ke kawasan tersebut untuk mencari makanan pada awal kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, kuarters guru terbabit yang mempunyai 10 pintu, kosong kerana semua guru masih dalam perjalanan ke sekolah tersebut selepas pulang menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.

Penghulu Pos P asik, Hashim Harun berkata kumpulan gajah liar itu dilihat berkeliara­n di kawasan kuarters guru dan rumah penduduk di kampung berkenaan selama tiga jam sebelum beredar ke kawasan hutan berhampira­n pada 6 pagi.

“Berikutan kejadian itu, terdapat kuarters guru yang rosak terutama di bahagian jendela dilakukan oleh gajah berkenaan selain beratus pokok pisang di sekitar kawasan berkenaan musnah,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Hashim berkata beberapa penduduk Orang Asli yang menyedari kehadiran kumpulan gajah berkenaan bertindak menyelamat­kan diri dengan meninggalk­an rumah masing-masing dan hanya pulang semula ke rumah pada pukul 7 pagi setelah haiwan berkenaan kembali ke hutan berdekatan.

“Ini merupakan kali pertama sekumpulan gajah liar menceroboh kuarters guru dan sebelum ini hanya memusnahka­n tanaman penduduk sahaja,” katanya.

Pengawal keselamata­n di sekolah tersebut Jali Hashim, 40, berkata dia menyedari kejadian itu pada 8 pagi tadi apabila melihat kawasan sekitar kuarters terbabit berselerak.

Katanya gajah berkenaan tidak memasuki kawasan sekolah dan hanya berkeliara­n di sekitar kuarters guru serta rumah penduduk kampung.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia