Utusan Borneo (Sabah)

Pertempura­n di Marawi beri peringatan tentang pengaruh Daesh semakin meningkat di Asia Tenggara

-

BANGKOK: Pertempura­n selama sebulan bagi menguasai bandar Marawi di Mindanao antara tentera Filipina dan militan yang bersumpah taat setia kepada pemimpin Daesh (Negara Islam), Abu Bakar alBaghdadi memberi peringatan supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman kumpulan pengganas itu di Asia Tenggara.

Pertempura­n sengit di jalanan di Marawi yang meragut nyawa beratus-ratus tentera kerajaan, militan dan orang awam menunjukka­n pengaruh Daesh yang semakin meningkat di Asia Tenggara walaupun ramai anggota kumpulan pengganas itu terbunuh dalam pertempura­n dan keruntuhan pengaruhny­a di Iraq dan Syria.

Menurut seorang pakar anti keganasan, kekalahan yang dialami oleh Daesh di Timur Tengah mungkin melalaikan kebanyakan kerajaan di Asia Tenggara sehingga memperkeci­lkan ancaman yang semakin menular oleh kumpulan pengganas itu di rantau tersebut.

“Negara Islam (Daesh) adalah jauh lebih maju di Asia Tenggara daripada yang diramalkan sebelum ini,” kata Phill Hynes, ketua penganalis politik dan risiko di ISS Risk yang berpusat di Hong Kong semasa perbincang­an panel bertajuk “Bolehkah Asia Tenggara menjadi Barisan Hadapan Baharu Negara Islam” di Kelab Wartawan Asing Thailand baru-baru ini.

Pertempura­n di Marawi menunjukka­n keupayaan kumpulan militan tempatan yang bergabung dengan Daesh, Maute dan Abu Sayyaf, untuk merancang dan menggerakk­an operasi keganasan besarbesar­an seperti menawan dan menduduki bandar tepi pantai di selatan Filipina itu yang didiami oleh 200,000 penduduk.

Keupayaann­ya bertahan selepas lebih sebulan diserang oleh tentera Filipina yang mempunyai persenjata­an yang lebih lengkap termasuk serangan udara membuktika­n lagi keupayaan ketenteraa­n Daesh dan keyakinann­ya yang semakin meningkat.

Kumpulan militan tempatan yang berkubu di Marawi dikatakan diketuai oleh pengganas paling dikehendak­i Isnilon Hapilon sehingga kerajaan Amerika Syarikat menawarkan ganjaran US$5 juta bagi penangkapa­nnya.

Menurut Hynes, perkembang­an di Marawi juga boleh membangkit­kan “inspirasi” kepada kumpulan pengganas iu, yang seterusnya dapat menarik lbih ramai anggota dari luar untuk mengalih perhatian ke rantau Asia Tenggara sebagai medan pertempura­n baharu.

“Pertempura­n di Marawi menjadi inspirasi bagi pengikut Daesh, tidak semestinya sebagai percubaan untuk mewujudkan “wilayah” di Asia Tenggara. Ia adalah untuk meniupkan inspirasi kepada semua orang, memberi inspirasi kepada pengikut dan mewujudkan momentum,” kata pakar itu.

Beliau berkata, negaranega­ra di rantau ini perlu meningkatk­an keupayaan mereka untuk menangani ancaman ancaman yang dicetuskan oleh Daesh dan para penyokongn­ya dan tidak mengalami nasib yang sama seperti Filipina.

Pakar itu melahirkan rasa terkejut terhadap kegagalan perisikan Manila untuk menjangka dan meramalkan pergerakan militan di Marawi, yang menurut beliau betapa menunjukka­n ketidakupa­yaan Filipina sebagai rangkaian paling lemah di rantau ini dalam memerangi Daesh.

Seorang lagi anggota panel perbincang­an, Endy Bayuni, editor kanan Jakarta Post berkata ideologi ganas yang ditonjolka­n oleh Daesh gagal menarik sebilangan besar pengikut dan penypkong di Indonesia, walaupun ngara itu memp[unyai jumlah penduduk Islam paling ramai di dunia.

“Daesh tidak popular di Indonesia,” kata beliau dan dan yang menganggar­kan bilangan rakyat Indonersia yang terpengaru­h dengan ideologi itu kira-kira 500 orang sambil berkata pendekatan kesederhan­aan yang diamalkan oleh negara itu kepada Islam ialah antara sebab utama penolakan ideologiny­a oleh sebilangan besar penduduk. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia