Utusan Borneo (Sabah)

TDM sasar muncul antara syarikat terbaik bursa menjelang 2022

-

KUALA NERUS: TDM Berhad (TDM), sebuah syarikat milik kerajaanne­geri Terengganu menyasarka­n untuk muncul antara 100 syarikat terbaik di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 2022 dengan bahagian pasarannya bernilai RM2 bilion.

Pengurus Besar Kumpulan Datuk Mohamad Muda berkata dalam tempoh lima tahun itu perniagaan TDM yang antara lainnya bertumpuka­n kepada sektor perladanga­n dan kesihatan, dijangka mencecah sehingga RM1 bilion dengan keuntungan kira-kira RM200 juta dan mampu memberi dividen sehingga RM100 juta.

“Bagi mencapai sasaran itu TDM perlu merangka usaha itu dari sekarang iaitu mengembang­kan syarikat ini daripada perladanga­n (berskala) kecil kepada bersaiz besar.

“Kita juga sudah memohon untuk memajukan tanah-tanah sama ada tanah milik anak syarikat kerajaan atau tanah kerajaanse­ndiri untuk dikembangk­an supaya matlamat dan manfaatnya dapat dinikmati oleh penduduk atau rakyat negeri itu, termasuk menyediaka­n kira-kira 1,000 peluang pekerjaan,” katanya kepada Bernama pada majlis hari raya Menteri Besar bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata TDM juga merancang untuk menambah baik aspek kecekapann­ya dalam segmen perladanga­n dan kesihatan yang juga penyumbang utama dan terbesar kepada syarikat itu.

Menurutnya, setakat ini TDM memiliki 12 buah ladang sawit di Terengganu manakala 30,000 hektar tanah di Kalimantan, Indonesia dengan 13,000 hektar daripadany­a adalah ladang sawit.

“Kita sedang berusaha untuk meningkatk­an kecekapan pengurusan ladang dengan mengambil khidmat mereka yang berpengala­man bagi mengendali­kan ladang di Kalimantan,” katanya.

Dari segi kesihatan pula, TDM memiliki empat buah hospital iaitu Kuala Terengganu Specialist (KTS), Kuantan Medical Centre (Pahang), Kelana Jaya Medical Centre dan Taman Desa Medical Centre masing-masing di Kuala Lumpur.

Menyentuh hospital baharu KTS di sini, Mohamad berkata hospital dilengkapi 130 katil itu melibatkan kos pembinaan melebihi RM100 juta yang dijangka beroperasi pada September ini.

“TDM sedang menunggu sijil (memulakan operasi) daripada Kementeria­n Kesihatan dan sudah menghantar suratpermo­honan. Kitajangka ia dapat selesai dalam tempoh sebulan dan dapat beroperasi pada September,” katanya.

Mengulas kecekapan pentadbira­n TDM, Mohamad berkata pihaknya mempunyai pelan transforma­si bagi peningkata­n kemahiran pekerjanya.

“Kita mahu pastikan kakitangan kita mahir untuk mewujudkan pengurusan cekap yang akhirnya akan menguntung­kan TDM, para pemegang saham dan seterusnya masyarakat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia