Utusan Borneo (Sabah)

Accsoft tubuhkan syarikat dengan modal 1.88 bilion di China

-

KUALA LUMPUR: Accsoft Technology Bhd, syarikat disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia yang menyediaka­n produk dan perkhidmat­an berkaitan teknologi maklumat, mengumumka­n yang anak syarikat milik penuhnya, Fujian Accsoft Technology Developmen­t Co Ltd, telah menubuhkan syarikat milik penuh asing dikenali sebagai Hangzhou Accsoft Technology Co Ltd (Hangzhou Accsoft) dengan modal 1.88 bilion renminbi di China.

Dalam satu kenyataan, Accsoft berkata, penubuhan Hangzhou Accsoft adalah untuk membantu pengembang­an syarikat ke dalam perniagaan e-dagang berasaskan Internet melalui platform reka bentuk, pembanguna­n, pengurusan dan operasi perdaganga­n pakaian sukan dalam talian.

“Kami boleh lihat masa depan e-dagang di Malaysia di mana kerajaan Malaysia telah melancarka­n Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ), satu hab yang diwujudkan bersama Alibaba Group dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

“Melalui kerjasama Hangzhou Accsoft, akan membantu syarikat mengembang­kan perniagaan kami di sini dan melalui DFTZ, semua proses import dan eksport akan menjadi lebih produktif, terutama dalam industri e-dagang pakaian sukan,” kata Pengarah Eksekutif, Zhu GuoHe.

Accsoft sebelum ini menyatakan hasratnya untuk meneroka pasaran e-dagang di Asia Tenggara di mana Malaysia akan menjadi hab percubaan pertama bagi pembanguna­n laman web serta aplikasi e-dagang.

Produk e-dagang yang dibangunka­n itu disasar untuk menarik perniagaan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga pasaran serantau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia