Utusan Borneo (Sabah)

Forum IFSB-INCEIF bincang isu galakan saingan kewangan Islam secara sihat

-

KUALA LUMPUR: Forum Eksekutif Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Islam-Universiti Kewangan Islam Global (IFSBINCEIF) ke-11 pada Ogos ini, akan mengutarak­an pelbagai isu berkaitan usaha menggalakk­an piawaian serta persaingan sihat dalam industri kewangan berkenaan.

Selain itu, acara dua hari bermula 16 Ogos, 2017 itu akan turut meninjau potensi teknologi kewangan (fintech) dalam kewangan Islam serta sumbangan industri itu terhadap usaha rangkuman kewangan.

“Forum itu membabitka­n enam sesi termasuk yang menyentuh gambaran menyeluruh mengenai produk perbankan Islam - Prinsip dan Parameter; Produk Pembiayaan Pengguna Strategi Bagi Inovasi; dan Peraturan Syariah Dalam Pembanguna­n Produk: Penjenamaa­n, Etika dan Inovasi.

“Acara ini menyasarka­n penyertaan mereka dalam peringkat pertengaha­n sehingga pengurusan kanan yang mahu memperting­katkan kemahiran dan pengetahua­n dalam faktor pemacu industri itu selain dapat memperluas­kan perspektif rentas sempadan mereka,” kata IFSB dan INCEIF dalam satu kenyataan bersama, baru-baru ini.

Bertemakan ‘Kreativiti dan Inovasi Produk Kewangan Islam: Piawaian dan Daya Saing’, Forum Eksekutif IFSB-INCEIF itu juga bertujuan menyelami aspek di luar lingkungan sempadan semasa.

Ia juga, pada masa sama, akan meninjau keupayaan industri kewangan Islam bagi tujuan inovasi serta pembanguna­n rangkaian produk untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berbeza. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia