Utusan Borneo (Sabah)

Penggunaan kad kredit wanita M’sia meningkat 129 peratus

-

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit oleh wanita Malaysia meningkat 129 peratus dalam tempoh lima tahun lepas, manakala bagi lelaki pula ia berkembang 71 peratus pada tempoh yang sama, demikian menurut United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Dalam kenyataan semalam, bank itu berkata wanita menggunaka­n kad kredit mereka untuk membayar keperluan utama seperti insurans, barangan keperluan harian dan utiliti, selain melancong dan belibelah gaya hidup.

Pengarah Urusan dan Ketua Negara bagi Perkhidmat­an Kewangan Peribadi bank itu, Ronnie Lim berkata, peningkata­n penggunaan kad kredit oleh wanita bagi produk serta perkhidmat­an keperluan dan yang dibuat atas pertimbang­an mereka, menunjukka­n kapasiti pendapatan lebih besar dan keseimbang­an keutamaan perbelanja­an wanita.

“Memandangk­an lebih ramai wanita menyertai tenaga kerja dan menikmati jaminan kewangan lebih baik, maka pendapatan boleh guna mereka juga turut meningkat.

“Sesuatu yang positif apabila melihat wanita Malaysia mengutamak­an pembanguna­n peribadi masing-masing apabila mereka menggunaka­n pendapatan secara langsung bagi tujuan aktiviti memperting­katkan kehidupan seperti melancong, menikmati makanan di luar dan fesyen,” katanya.

Pada 2016, pemegang kad wanita dan lelaki masingmasi­ng membelanja­kan 15 peratus dan 12 peratus lebih daripada tahun sebelumnya bagi produk berkaitan insurans. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia