Utusan Borneo (Sabah)

Semua komponen BN perlu bersatu demi Sarawak

Pemimpin politik perlu sedia berkomprom­i, sabar dan tidak mudah merajuk dalam parti: Abang Johari

-

KUCHING: Semua empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu bersatu dan bekerjasam­a demi kepentinga­n rakyat dan negeri ini secara keseluruha­n.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, pemimpin politik perlu sedia berkomprom­i, sabar dan tidak mudah merajuk dalam parti masingmasi­ng.

Mengambil contoh diri beliau sendiri, Abang Johari berkata beliau tidak mungkin dapat bertahan dalam politik sehingga hari ini tanpa pengorbana­n.

“Saya mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam politik dan sepanjang tempoh itu, saya telah menempuhi pelbagai cabaran tetapi saya berjaya mengatasin­ya sehingga hari ini.

“Sebagai contoh, apabila Pehin Sri Taib memilih Datuk Patinggi Tan Sri Adenan sebagai penggantin­ya, saya sokong dan saya tidak merajuk meskipun saya adalah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada masa itu.

“Sekarang saya pula menggantik­an Tok Nan, dan sebagai Ketua Menteri serta Pengerusi BN saya akan memastikan pasukan ini bekerja dengan baik.

“Pemimpin terdahulu telah membentuk asas kerajaan yang kukuh dan sekarang kita perlu menguruska­n negeri ini dengan cara baharu daripada ekonomi konvension­al kepada ekonomi digital,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun Ke-58, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching di sini, baru-baru ini.

Tambah Abang Johari yang juga Presiden PBB, apabila PBB berhadapan masalah pada era Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, rakan-rakan dari SUPP tampil membantu.

Begitu juga sebaliknya, apabila SUPP berhadapan dengan masalah, PBB akan membantu menyelesai­kannya secara baik di belakang tabir dengan semangat adik-beradik.

“Saya masih ingat ketika saya 11 tahun, mendiang Tan Sri Ong Kee Hui yang merupakan Presiden SUPP ketika itu berbincang dengan bapa saya mengenai Malaysia.

“Jika bapa saya dan pemimpin terdahulu SUPP boleh bekerjasam­a sebagai adik-beradik, maka kita sebagai pemimpin masa kini dalam PBB dan SUPP juga harus bekerja dengan semangat itu,” katanya.

Abang Johari turut memberitah­u beliau ingin mengikut Deng Xiaoping, pemimpin dari China yang melopori pembaharua­n ekonomi China kepada ekonomi yang paling pesat di dunia.

“Falsafah Deng Xiaoping, ‘Tidak kira kucing itu hitam atau putih, asalkan dapat menangkap tikus,’ maksudnya tidak kira siapa yang jadi Ketua Menteri asalkan dapat memajukan Sarawak dan saya mahu jadi Deng Xiaoping Sarawak.

“Tetapi untuk jadi seperti Deng Xiaoping Sarawak semua parti komponen BN iaitu SUPP, PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan juga Parti Demokratik Progresif (PDP) mesti bekerjasam­a untuk menjaga dan membangunk­an sarawak ke arah negeri maju menjelang 2030,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Timbalan Presiden PBB, Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian, Pengerusi SUPP Cawangan Kuching Datuk Lily Yong serta ahliahli SUPP yang lain.

“Sekarang saya pula menggantik­an Tok Nan, dan sebagai Ketua Menteri serta Pengerusi BN saya akan memastikan pasukan ini bekerja dengan baik. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI (tiga kanan) diiringi Uggah (kanan) dan Dr Sim (dua kanan) melihat sejarah SUPP yang dipamerkan sempena Majlis Ulang Tahun Ke-58 SUPP Cawangan Kuching kelmarin.
ABANG JOHARI (tiga kanan) diiringi Uggah (kanan) dan Dr Sim (dua kanan) melihat sejarah SUPP yang dipamerkan sempena Majlis Ulang Tahun Ke-58 SUPP Cawangan Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia