Utusan Borneo (Sabah)

Terap amalan berkasih sayang, hindar aktiviti tidak sihat: Rohani

-

SRI AMAN: Masyarakat majmuk di negara ini digesa menerap amalan berkasih sayang serta saling menghormat­i dalam menghindar­i aktiviti buli, mengabai dan memukul anak serta melakukan keganasan rumah tangga.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementeria­n sentiasa mengambil berat terhadap kes kes sebegini yang semakin meningkat dan membimbang­kan sejak kebelakang­an ini.

Menurut beliau, kementeria­n meminda semula akta keganasan ini termasuk memasuk akta terhadap kes mencederak­an suami, isteri serta anak, mentua, ipar dan sebagainya.

Beliau juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2017 Peringkat Parlimen Batang Lupar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga bertempat di Dewan Suarah di sini petang Ahad.

Beliau menambah, akta ini dipinda bagi menghindar­i gejala keganasan melibatkan masyarakat kita yang semakin membimbang­kan sejak akhir-akhir ini.

“Kementeria­n sentiasa mengamal amalan terbaik dalam masyarakat dan mengambil berat masalahmel­anda masyarakat hari ini,” jelasnya.

Rohani menggesa masyarakat setempat agar sentiasa membantu kementeria­n menyalurka­n maklumat berkenaan isu melibatkan hal keganasan keluarga dan sebagainya untuk ditangani segera.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lingga Simoi Peri, Timbalan Residen Pembanguna­n Bahagian Sri Aman Philip Peter Salam, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh serta ketua jabatan dan ketua masyarakat setempat lain.

 ??  ?? ROHANI (tiga kanan), Simoi (dua kiri) sedang membuka buluh lemang sambil diperhatik­an oleh Ismawie (dua kiri) serta yang lain semasa merasmikan majlis berkenaan.
ROHANI (tiga kanan), Simoi (dua kiri) sedang membuka buluh lemang sambil diperhatik­an oleh Ismawie (dua kiri) serta yang lain semasa merasmikan majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia