Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan komited bangun kemudahan pendidikan

-

GEDONG: Kerajaan komited untuk memberi keutamaan kepada pembanguna­n kemudahan pendidikan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

“Kerajaan sentiasa meletakkan keutamaan kepada pendidikan dan kemudahan infrastruk­tur negara.

“Sebagai contoh, SK Abang Kadir berpindah ke lokasi baharu pada 2013 dan terus menikmati penambahba­ikan infrastruk­tur termasuk pembinaan padang bola sepak secaragoto­ng-royongdiba­wah peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) pada 2014,” katanya pada pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran bekas pelajar SK Abang Kadir, Gedong barubaru ini.

Beliau berkata, di kawasan Batang Sadong masih banyak sekolah yang perlu ditambah baik dan dibina semula.

Oleh itu, katanya, bantuan dan kerjasama jawatankua­sa di peringkat sekolah diperlukan untuk menambah baik serta membina baharu sekolahsek­olah yang uzur di sini.

“Sebab itu, kerajaan amat memerlukan bantuan dan kerjasama jawatankua­sa sekolah-sekolah.

“Saya memuji semangat yang ditunjukka­n oleh Jawatankua­sa Sekolah Kebangsaan Abang Kadir kerana sentiasa memastikan sekolah ini mendapat segala kebaikan,” katanya.

Mengenai majlis itu, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata ia bersifat sukarelawa­n kerana sebelum ini aktiviti-aktiviti di sekolah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) lebih berbentuk akademik.

Menurutnya, menerusi penganjura­n program seumpama itu, legasi SK Abang Kadir dapat diteruskan kepada masyarakat terutamany­a generasi muda.

“Setiap kali kita menganjurk­an aktiviti di Batang Sadong, khususnya di Gedong, kita melihat bagaimana penduduk bersatu padu bekerjasam­a menjayakan aktiviti dianjurkan.

“Di sinilah kita melihat semangat penduduk kampung yang sentiasa mahu legasi dari segi sejarah dan tradisi dipertahan­kan,” katanya.

Beliau juga memuji usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais menghasilk­an buku mengisahka­n sejarah Gedong.

Gedong, katanya, mempunyai sejarah hebat yang dikaitkan dengan Kesultanan Brunei dan ada kalangan penduduk tempatan berkahwin dengan Melayu Brunei juga pedagang Arab.

Hadir sama Adun Gedong Datuk Mohd Naroden Majais dan Adun Simunjan Awla Dris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia