Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kebakaran Rh Siliver Garit terima dana RM76,000

-

SRI AMAN: Peruntukan berjumlah RM76,000 disalur bagi membantu mangsa kebakaran di Rumah Siliver Garit, Kampung Kenyungan, Batu Lintang Undop dekat sini pagi Ahad.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Masir Kujat berkata, bantuan segera disalur itu bertujuan membantu mangsa kebakaran rumah panjang berkenaan yang musnah malam Rabu lalu.

“Dengan peruntukan ini diharap dapat membantu mangsa membeli perkakasan bagi pembinaan rumah panjang baharu termasuk keperluan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an sumbangan di tapak baharu Rumah Panjang Siliver Garit dekat Kenyungan Batu Lintang Undop dekat sini pagi Ahad.

Masir juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata, RM1,000 dalam bentuk wang tunai secara keseluruha­nnya berjumlah RM19,000 telah diserah kepada setiap pintu mangsa kebakaran ini.

Manakala peruntukan berjumlah RM3,000 untuk 19 pintu mangsa kebakaran dengan jumlah keseluruha­n berjumlah RM57,000 disalur kepada akauan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Siliver ini sebelum dibahagi kepada 19 pintu mangsa kebakaran ini.

“Selaku wakil rakyat di kawasan ini, saya bersama Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis berusaha sedaya upaya membantu mangsa kebakaran rumah panjang,” katanya.

Jelasnya, beliau berharap mangsa bersabar dengan musibah berkenaan di samping menyampiak­an penghargaa­n kepada individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan yang tampil membantu meringanka­n beban mangsa.

Masir turut menyumbang­an bungkusan pakaian kepada 19 pintu mangsa kebakaran ini.

Terdahulu Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden menyampaik­an sumbangan RM2,000 kepada JKKK rumah panjang ini bagi kegunaan membeli keperluan segera.

Beliau juga menyalurka­n peruntukan RM1,000 kepada setiap pintu dengan jumlah keseluruha­n berjumlah RM19,000 kepada mangsa kebakaran dalam masa terdekat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia