Utusan Borneo (Sabah)

Langkah kawalan segera elak rabies ke kawasan lain

Mesyuarat akan bincang cara terbaik, cari strategi

-

KUCHING: Kerajaan negeri menerusi Jabatan Veterinar mengambil langkah kawalan segera bagi menghalang penyebaran virus rabies atau penyakit anjing gila ke kawasan-kawasan lain di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, virus itu telah disahkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menerima laporan kes daripada Jabatan Kesihatan.

“Isnin ini (kelmarin) Pengarah Jabatan Veterinar akan mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan dan Persatuan Pencegahan Penganiaya­an Haiwan Sarawak (SSPCA) berhubung perkara ini.

“Kita akan bincangkan pilihan terbaik dan saya pasti SSPCA mempunyai strategi terbaik bagaimana kita dapat menguruska­n haiwan ini,” katanya ketika ditemui malam Sabtu.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Negeri turut menasihatk­an orang ramai supaya segera merujuk kepada hospital jika terkena gigitan anjing.

Setakat ini, menurut Uggah, punca sebenar jangkitan virus itu masih belum disahkan dan pihaknya akan mengeluark­an kenyataan selepas mesyuarat pada kelmarin.

Sarawak dikejutkan dengan tiga kes penyakit anjing gila melibatkan tiga kanak-kanak di Daerah Serian..

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahka­n perkara itu selepas menerima laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri mengenai jangkitan tersebut.

Kesemua mangsa dimasukkan ke wad rawatan intensif kanak-kanak dengan dua daripadany­a terpaksa diberikan alat bantuan pernafasan.

Susulan kes itu, KKM mengambil beberapa langkah kawalan dan pencegahan termasuk menjalanka­n siasatan menyeluruh dan menjalanka­n pengesanan kes secara aktif dan pasif.

Sebagai langkah pencegahan, individu yang terdedah dengan anjing terutama terkena gigitan anjing disaran mendapatka­n rawatan segera di hospital terdekat.

Mereka yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma.

Rabies adalah satu penyakit yang boleh menyebabka­n kematian jika tanda-tanda penyakit seperti di atas telah timbul.

Isnin ini (kelmarin) Pengarah Jabatan Veterinar akan mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan dan Persatuan Pencegahan Penganiaya­an Haiwan Sarawak (SSPCA) berhubung perkara ini. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia