Utusan Borneo (Sabah)

Fokus pentadbira­n MUC untuk berbakti kepada masyarakat

-

SIBU: Ahli jawatankua­sa dan ahli Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) digesa memberi fokus kepada pentadbira­n persatuan agar dapat terus berbakti dengan masyarakat.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, MU C mempunyai pengalaman dalam banyak perkara setelah mengharung­i pelbagai kejayaan dan cabaran sejak ditubuh lebih 80 tahun lalu.

“Apabila sesebuah persatuan itu ditubuh, kita dapat melihat terdapat persatuan yang tidak dapat bertahan lama, ini kerana mereka tidak mempunyai aktiviti tetap setiap tahun.

“Bagaimanap­un, MUC bukan dalam kalangan persatuan ini, kerana mereka telah berjaya mengharung­i pelbagai cabaran dan masalah sehingga ke hari ini,” katanya.

Jelasnya, jika tidak bersependa­pat dalam beberapa perkara, selesaikan dengan cara yang baik untuk kepentinga­n kelab dan masyarakat keseluruha­nya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2017 Kelab MUC di Dewan MUC Jalan Bandong di sini, barubaru in.

Pada majlis itu, Dr Annuar juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam turut merakam ucapan tahniah kepada warga MUC kerana setiap tahun menganjurk­an majlis ramah-tamah dengan jayanya.

Beliau berkata, menerusi majlis sedemikian diharap dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan masyarakat Melayu dengan bangsa yang lain.

Sementara itu, turut berucap Pengerusi MUC Anuar Taha berkata, pada masa akan datang lebih banyak akitiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat akan diadakan.

Beliau turut merakam penghargaa­n kepada ahli jawatankua­sa dan ahli yang telah menjayakan pelbagai program anjuran MUC sepanjang tahun ini.

Pada majlis itu turut berlangsun­g penyampaia­n insentif kepada anak-anak ahli MUC yang pelajar cemerlang dalam peperiksaa­n awam dan penyampaia­n sumbangan kepada ahli yang berumur 70 tahun ke atas.

Hadir sama Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce serta isteri Datin Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz dan Timbalan Pengerusi MUC Mohd Sirat Sulhi.

 ??  ?? DARI tiga kiri, Anuar, Dr Annuar dan Wan Hamid bersama-sama melakukan simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri MUC 2017.
DARI tiga kiri, Anuar, Dr Annuar dan Wan Hamid bersama-sama melakukan simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri MUC 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia