Utusan Borneo (Sabah)

500 penduduk hadiri majlis ‘ngiling tikai’ Kampung Semban

-

KUCHING: Lebih 500 penduduk empat kampung menghadiri Majlis Marun Kasah (ngiling tikai) yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Semban, Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) baru-baru ini.

Majlis itu adalah anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Ranting Braang dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Semban dihadiri penduduk Kampung Semban, Kampung Sait, Kampung Bojong dan Kampung Rejoi.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis hadir bagi menyempurn­akan majlis menyifatka­n program keramaian sedemikian sebagai landasan untuk menyatupad­ukan masyarakat dan mengeratka­n hubungan antara penduduk.

“Perayaan Gawai Dayak merupakan medan untuk ahli keluarga berkumpul dan mengadakan jamuan kesyukuran di atas kejayaan dalam tahun yang lepas,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simanggang itu dalam satu kenyataan, di sini pada Ahad.

Tetamu hadir turut dihiburkan dengan pertunjukk­an kebudayaan bagi mendedahka­n budaya kepada generasi baru supaya tidak luput ditelan zaman.

Majlis turut menyaksika­n penyerahan kad keahlian kepada ahli baru dan penerimaan borang kemasukan ahli baru SUPP serta penyerahan kerusi roda kepada seorang penduduk kampung merupakan sumbangan beliau.

Harden turut meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000, yang dikongsi bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, merangkap Presiden SUPP, untuk memperbesa­rkan Dewan Komuniti Kampung Semban BRS.

Beliau pada masa sama meluluskan peruntukan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM3,000 kepada empat JKKK kampung iaitu JKKK Kampung Semban, JKKK Kampung Sait, JKKK Bojong dan JKKK Rejoi

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Kr Jimson Jium, Ketua Pergerakan Wanita SUPP Pusat Datin Jenifer William, Ketua Kaum Semban Bujus Dian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia