Utusan Borneo (Sabah)

Kempen amal iShave kumpul dana bina pusat penjagaan paliatif

-

SIBU: Kempen amal iShave anjuran Kuching Life Care

Society (KLCS) di Sibu berjaya mengumpul sebanyak RM400,000 bagi membantu pembinaan pusat penjagaan paliatif di Batu Kawa Kuching.

Pengerusi pengelola projek Hung Sung Huo berkata, iShave merupakan projek amal KLCS telah mula dijalankan pada tahun 2013.

“Sehingga kini KLCS berjaya mengumpul sebanyak RM4 juta dan jumlah itu masih tidak mencukupi sebanyak RM2 juta untuk membina pusat penjagaan paliatif di Batu Kawa, Kuching dengan kos pembinaan RM6 juta,” jelasnya.

Ketika ditemui pemberita pada Ahad, Hung berkata, mereka menyasar kutipan RM1 juta tahun ini untuk projek amal iShave.

“Sebagai permulaan, kita memilih Sibu sebagai lokasi pertama penganjura­n kempen di Star Mega Mall.

“Kempen akan diteruskan di Kuala Lumpur pada 16 Julai, diikuti di Kuching pada 30 Julai,” ujarnya.

Hung berterima kasih kepada Pengarah Urusan Daesim Datuk Lau Ngie Hua atas sokongan menghulur sumbangan derma sebanyak RM100,000.

“Terima kasih juga diucapkan kepada penduduk di Sibu yang sentiasa memberi sokongan mereka membantu KLCS dalam menjayakan impian untuk memiliki pusat penjagaan paliatif,” katanya.

Hung juga pengasas KLCS berkata, pusat penjagaan paliatif akan dibina di Taman Desa Wira, Batu Kawa dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Setelah siap, kami berharap dapat terus memberi khidmat terbaik kepada mereka memerlukan dan kurang berkemampu­an,” jelasnya.

KLCS, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1996 menyediaka­n perkhidmat­an ambulan, kempen derma darah dan bantuan kebajikan kepada golongan kurang berkemampu­an.

 ??  ?? HUNG (dua kanan) dan Lau (dua kiri) melakukan simbolik membotakka­n kepala peserta yang memberi sokongan kepada iShave anjuran Kuching Life Care Society di Star Mega Mall.
HUNG (dua kanan) dan Lau (dua kiri) melakukan simbolik membotakka­n kepala peserta yang memberi sokongan kepada iShave anjuran Kuching Life Care Society di Star Mega Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia