Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat disaran ambil langkah berjaga elak jangkitan rabies

-

SIBU: Orang ramai dinasihat supaya mengambil langkah berjaga-jaga termasuk pemilik haiwan peliharaan kerana kirakira 90 peratus kes rabies di negara ini menjangkit­i manusia melalui anjing.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee (gambar) berkata demikian ketika mengulas kejadian rabies di Serian membabitka­n tiga kanak-kanak berumur empat, enam dan tujuh tahun dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Besar Sarawak (SGH) di sini dan dilapor dalam keadaan tenat.

Beliau menegaskan, penyakit ini tidak semestinya dipindah kepada manusia melalui gigitan anjing sahaja tetapi juga air liur anjing termasuk luka terbuka pada kulit.

“Seperti anda tahu, berlaku wabak rabies di Serian, tiga kes telah dilapor setakat ini. Rabies sebenarnya (dihantar) melalui anjing, ia adalah air liur dan satu bentuk virus tetapi ini adalah zoonosis.

“Ini bermakna ia dipindahka­n daripada haiwan ke manusia. Ia tidak boleh dipindahka­n dari manusia ke manusia. Tetapi di Malaysia, penyakit ini biasanya dari anjing dan kira-kira 90 peratus daripada kes disebarkan melalui anjing,” katanya kepada pemberita.

Jelasnya, adalah sangat penting untuk berwaspada dengan mana-mana anjing membawa virus rabies.

Dr Annuar juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi menjelaska­n, komuniti perlu berhati-hati dengan terutamany­a dengan anjing liar.

Beliau berkata demikian apabila ditemui selepas merasmikan Majlis RamahTamah Aidilfitri 2017 Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) di Dewan MUC Jalan Bandong di sini, baru-baru ini.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nangka berkata, berhubung perkara ini (rabies) suatu mesyuarat tergempar akan diadakan dengan Kerajaan Tempatan (dan Kementeria­n Perumahan) pada Isnin (kelmarin) mengenai bagaimana membendung masalah ini.

“Kami ingin mencari titik mula masalah ini, sama ada kita akan mengambil langkah dalam bentuk vaksinasi atau beberapa bentuk rawatan selanjutny­a untuk tiga kes terlibat,” kata beliau.

Dr Annuar mengulangi nasihatnya kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan anjing terutama anjing liar di kawasan persekitar­an mereka, lebih-lebih lagi jika mereka digigit anjing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia