Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan tunjang keharmonia­n masyarakat Sarawak: Dr Jerip

-

KUCHING: Perpaduan menjadi tunjang keharmonia­n hidup masyarakat negeri Sarawak, kata Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil.

Jelasnya, rakyat Sarawak perlu sentiasa meraikan kepelbagai­an yang telah lama wujud dalam masyarakat.

“Perpaduan kepelbagai­an etnik dan bangsa telah sekian lama wujud dalam masyarakat negeri Sarawak.

“Saya saran program seumpama ini dapat diterus pada masa hadapan kerana dapat mendekat pemimpin dengan penduduk seterusnya berinterak­si secara empat mata,” katanya.

Dr Jerip berkata demikian ketika berucap pada Majlis Program Berambeh Sungkei di Surau Nur Bakti Dakwah, Kampung Jawa Gunda, Batu 16 Jln Kuching-Serian baru-baru ini.

Pada majlis itu, beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambong telah menyampaik­an sumbangan wang tunai daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) dan PERKIM Cawangan Serian kepada 12 orang golongan kurang berkemampu­an dari kampung tersebut.

Turut disampai makanan keperluan harian sumbangan pihak JASA Parlimen Puncak Borneo.

Dr Jeri p menyampaik­an sumbangan berjumlah RM4,100 kepada JKKK Kampung Jawa Gunda bagi penganjura­n lebih banyak aktiviti selepas ini.

“Saya dan isteri berasa amat terharu dan diterima baik oleh orang ramai hadir pada malam ini meskipun ketibaan kami selepas solat terawih.

“Tahniah dan terima kasih kepada pihak Pejabat Residen Serian di atas penganjura­n program ini,” katanya.

Jelasnya, pada tahun ini kawasan DUN Mambong masuk ke radar penganjura­n setelah Serian dinaik taraf menjadi bahagian.

Pada majlis sama, beliau juga membayangk­an akan mendirikan sebuah masjid baharu bagi kawasan tersebut dan perbincang­an awal mengenai pelan sedang dilakukan dengan pihak berkaitan.

“Ini berdasarka­n populasi masyarakat Islam kian meningkat serta kekurangan rumah ibadat itu di kawasan berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia