Utusan Borneo (Sabah)

Alumni SMK Elopura adakan perlawanan persahabat­an sempena Aidilfitri

- Oleh JOHAN AZIZ

SANDAKAN: Pasukan Elopura SPM 1997 menewaskan Elopura SPM 1995 dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan bola sepak persahabat­an Alumni SMK Elopura yang diadakan di Kompleks Sukan Sandakan di sini baru-baru ini.

Perlawanan itu diadakan sempena dengan majlis reunion bekas-bekas pelajar SPM 1997 dan 1995 SMK Elopura sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Antara yang hadir pada perlawanan itu ialah Ketua Pemuda Umno Libaran, Rizan Aziz @ Tatang, bekas guru SMK Elopura, Bakar Othman dikenali juga Cikgu Burn serta kehadiran bekasbekas pelajar seramai 20 bagi SPM 1997 dan 20 bagi 1995.

Perlawanan bola sepak persahabat­an itu telah dirancang sejak sebulan yang lepas dan berjaya mengumpulk­an semula rakanrakan lama dan sekaligus menjayakan program silaturahi­m itu.

Perlawanan persahabat­an ini diadakan bersempena menyambut 20 tahun pelajar Elopura 97 yang telah meninggalk­an bangku sekolah.

Kehadiran Rizan yang juga merupakan bekas pelajar SMK Elopura serta Cikgu Burn memeriahka­n lagi majlis silaturahi­m ini dan menunjukka­n sokongan yang amat baik di dalam program sebegini.

Perlawanan yang berlangsun­g dalam keadaan hujan lebat berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Elopura 1997 dengan keputusan 3-1.

Rizan dalam ucapan berkata, pengisian reunion kali ini mencapai objektifny­a, bukan sahaja dapat menghimpun­kan bekas-bekas pelajar SMK Elopura 97-95 malah majlis ini diadakan dengan konsep sukan dan rekreasi dan berharap program sebegini harus diadakan secara berterusan.

Beliau mengambil kesempatan mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin pada semua rakan dan seluruh ahli-ahli Pergerakan Pemuda Umno BahagianLi­baran, dengan harapan Lebaran kali ini memberikan satu kenangan indah buat seluruh umat Islam.

 ??  ?? PASUKAN SPM Elopura 1997 meraikan kemenangan selepas menewaskan SPM Elopura 1995.
PASUKAN SPM Elopura 1997 meraikan kemenangan selepas menewaskan SPM Elopura 1995.
 ??  ?? KEDUA-dua pasukan, SPM 1997 (duduk) dan SPM 1995 (berdiri) bergambar sebelum perlawanan persahabat­an dimulakan.
KEDUA-dua pasukan, SPM 1997 (duduk) dan SPM 1995 (berdiri) bergambar sebelum perlawanan persahabat­an dimulakan.
 ??  ?? CIKGU Burn (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan berupa baju jersi kepada Rizan.
CIKGU Burn (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan berupa baju jersi kepada Rizan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia