Utusan Borneo (Sabah)

Gol Stindl pastikan skuad Loew benam Chile 1-0, julang Piala Konfederas­i

-

SAINT PETERSBURG, Rusia: Jaringan Lars Stindl ekoran kesilapan Marcelo Diaz pada separuh masa pertama sudah memadai untuk memastikan Jerman menewaskan Chile 1-0 untuk muncul juara Piala Konfederas­i di sini

Kealpaan Diaz membolehka­n Timo Werner merampas bola dan memaksa penjaga gol keluar dari posisi sebelum mengumpan kepada Stindl untuk mudah menolak bola ke pintu gol yang terbuka luas pada minit ke-20 perlawanan.

“Luar biasa,” kata kapten Jerman, Julian Draxler, yang memenangi anugerah Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan.

“Kami bersaing dengan baik dan selayaknya dengan kejuaraan ini. Kami tidak bermain bersama sebelum kejohanan ini dan kemenangan ini menjadikan ia lebih berharga.

“Setiap kejuaraan adalah istimewa tetapi dengan barisan muda ini, ia lebih istimewa. Sekarang kami boleh pergi bercuti dan membawa bersama trofi kejuaraan,” tambah beliau.

Ini adalah kali pertama Jerman, juara Piala Dunia 20, memenangi Piala Konfederas­i pada edisi kelapan kejohanan pra-Piala Dunia.

“Tiada banyak perbezaan di antara kedua-dua pasukan,” kata kapten Chile, Claudio Bravo, yang dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan.

“Kami berasa sedih kerana tidak memenangin­ya tetapi kami menentang pasukan kelas dunia dan kami harus belajar dari kesilapan kami.”

Pengadil bantuan video (VAR) sekali lagi mencuri perhatian dengan pemain Chile, Gonzalo Jara bernasib baik tidak disingkirk­an dari padang dalam separuh masa kedua.

Walaupun sikunya yang terkena muka Werner disemak oleh VAR, pemain pertahanan itu hanya menerima kad kuning pada minit ke-65.

Werner, Stindl dan Leon Goretzka menamatkan kejohanan dengan masing-masing tiga gol tetapi Werner menerima anugerah penjaring terbanyak dengan faktor mengumpan dua gol.

Walaupun menguasai hampir sepanjang permainan, Chile gagal menjaringk­an gol selepas memiliki 20 cubaan ke pintu gol berbanding hanya lapan oleh Jerman.

Chile mengekalka­n skuad yang sama yang menewaskan Portugal 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir.

Jerman hanya melakukan satu pertukaran dari pasukan yang menewaskan Mexico 4-1, dengan Shkodran Mustafi menggantik­an Benjamin Henrichs.

Penyokong Chile membanjiri Stadium Saint Petersburg dengan jersi merah dan semangat mereka berkobar-kobar apabila Chile mula menguji pertahanan Jerman menerusi cubaan Charles Aranguiz dan Arturo Vidal.

Eduardo Vargas juga melihat cubaannya pada minit ke-11 ditepis penjaga gol Jerman, Marc-Andre ter Stegen.

Namun kesilapan Diaz sedikit leka membolehka­n Werner merampas bola sebelum berdepan dengan Bravo yang keluar dari posisinya tetapi Werner sebaliknya melorong bola kepada Stindl untuk menolak bola mudah ke pintu gol.

Chile bagaimanap­un meningkatk­an asakan, terutama sekali pada 20 minit pertama untuk mencari gol penyamaan tetapi pertahanan Jerman tetap bertahan dengan kental sehingga ke wisel penamat. — AFP

Kami bersaing dengan baik dan selayaknya dengan kejuaraan ini. Kami tidak bermain bersama sebelum kejohanan ini dan kemenangan ini menjadikan ia lebih berharga. Julian Draxler Kapten Jerman

 ??  ?? (tengah) menerima trofi kejuaraan daripada Presiden FIFA, Gianni Infantino di Stadium Saint Petersburg, Rusia pada Ahad lepas. — Gambar AFP STINDL
(tengah) menerima trofi kejuaraan daripada Presiden FIFA, Gianni Infantino di Stadium Saint Petersburg, Rusia pada Ahad lepas. — Gambar AFP STINDL
 ??  ?? DRAXLER
DRAXLER
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia