Utusan Borneo (Sabah)

Sabah selangkah ke suku akhir

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pasukan bawah 19 tahun Sabah menghampir peluang ke suku akhir selepas aksi cemerlang menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) menerusidu­ajaringan tanpa balas dalam persaingan Kumpulan B, Piala Belia 2017 di Stadium Penampang lewat petang Ahad.

Fredric Fadzly Gusmia yang diturunkan dari bangku simpanan membuktika­n keupayaan beliau dengan menjaringk­an gol pembukaan sebelum membuat gerakan cantik untuk membuka peluang Adi Ali menjaringk­an gol kedua.

Kemenangan itu membolehka­n pasukan negeri ini mengumpul 22 mata untuk terus kekal pada kedudukan ketiga liga, di kala berbaki tiga perlawanan lagi untuk menentukan empat pasukan teratas liga mara ke pusingan kedua `kalahmati’ berhadapan empat lagi pasukan dari Kumpulan A.

Pengurus pasukan Mohd Yassin Aman berkata, Sabah telah selangkah ke suku akhir menerusi kemenangan ke atas pasukan dari Johor itu.

“Kita sangat gembira dengan kejayaan tiga mata ini. Ini merupakan satu kemenangan yang baik selepas kita berehat panjang sebulan untuk memberi laluan bulan puasa.

“Para pemain menunjukka­n bahawa mereka mampu untuk mengekalka­n prestasi mereka dan menewaskan SSTMI, pasukan yang telah menewaskan kita (1-2) semasa pusingan pertama liga,” jelas beliau.

“Kita akan terus bekerja keras dalam baki perlawanan yang ada,” kata beliau ditemui selepas perlawanan berakhir.

Sabah berada tiga mata di belakang dua pendahulu Felda United dan Kuala Lumpur, manakala Selangor yang tidak bermain kelmarin berada pada kedudukan keempat, tiga mata di belakang Sabah.

Perlawanan seterusnya untuk pasukan ini ialah menetang Perlis pada 9 Julai, pasukan yang berjaya melakukan kejutan menewaskan Felda United menerusi jaringan tunggal perlawanan sebelum ini.

Keputusan lain pada Ahad menyaksika­n Kuala Lumpur mengalahka­n Negeri Sembilan menerusi keputusan 3-1 sambil Perak menundukka­n Melaka menerusi tiga jaringan tanpa balas.

 ??  ?? FREDIC Fadzly Gusmia (kiri) diasak oleh pemain SSTMI dalam aksi Kumpulan B, Liga Piala Presiden 2017 di Stadium Penampang pada Ahad. Sabah menang 2-0. Gambar ehsan Jamian Taip.
FREDIC Fadzly Gusmia (kiri) diasak oleh pemain SSTMI dalam aksi Kumpulan B, Liga Piala Presiden 2017 di Stadium Penampang pada Ahad. Sabah menang 2-0. Gambar ehsan Jamian Taip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia