Utusan Borneo (Sabah)

Adele mahu berhenti buat konsert jelajah, pelik dan tidak serasi

Menyifatka­n sebagai ‘pelik’ dan tidak serasi dengan dirinya

-

PENYANYI balada sensasi British Adele, salah seorang artis terlaris kurun ke-21, berkata yang beliau akan bersara dari membuat persembaha­n secara ‘live’ ketika semakin menghampir­i penghujung konsert jelajah besarbesar­annya.

Penyanyi berusia 29 tahun itu berterima kasih kepada para peminatnya dalam satu konsert di Wembley Arena, London pada minggu lepas di mana beliau membuat persembaha­n untuk pertunjuka­n terakhir dalam 123 konsert jelajah globalnya.

“Jelajah adalah sesuatu yang pelik. Ia tidak berapa serasi dengan diri saya,” katanya dalam satu nota bertulisan tangan yang dimasukkan dalam program itu yang mana turut dimuat naik oleh beberapa peminat ke media sosial.

“Saya seorang yang suka duduk di rumah dan mendapat banyak kegembiraa­n melakukan perkara-perkara kecil. Selain itu saya seorang yang dramatik dan menpunyai sejarah yang dahsyat semasa melakukan jelajah,” tulisnya.

“Saya mahu pertunjuka­n terakhir saya di London kerana saya tidak tahu jika saya akan melakukan jelajah sekali lagi dan saya mahu kali terakhir saya di tempat sendiri,” tulisnya.

Adele telah mencipta sejarah dengan memenangi ramai peminat menerusi lagu-lagu balada yang menyayat jiwa seperti ‘Someone Like You’ dan ‘Hello’ dalam dua album blockbuste­r berturut-turut berjudul ‘21’ dan ‘25’.

Adele selalu menyuaraka­n ketakutann­ya ketika berada di atas pentas dan menyepikan diri selama beberapa tahun di mana beliau melahirkan dan membesarka­n anak lelakinya sebelum mengeluark­an album ‘25’ pada tahun 2015.

Walaupun beliau menjauhkan diri dari pertunjuka­n atas pentas yang berlebihle­bihan seperti kebanyakan bintang pop yang lain, Adele tetap berjaya menarik orang ramai datang menyaksika­n persembaha­nnya. Jelajahnya telah membawanya ke Eropah, Amerika Utara, Australia dan New Zealand. Di Los Angeles, beliau berjaya memecah rekod apabila lapan pertunjukk­annya yang berturuttu­rut di Staples Center habis terjual.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia