Utusan Borneo (Sabah)

Ikuti jejak langkah ibu, Evevion kini tukang jahit berjaya

Evevion kini tukang jahit berjaya di Kuala Penyu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

“Walaupun ketika itu saya bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta, pujukan ibu yang membawa saya untuk berjinak-jinak dalam bidang jahitan berjaya mengalihka­n kerjaya saya ke bidang ini sehinggala­h ke hari ini. Selepas meletakkan jawatan di tempat kerja lama, saya memulakan langkah pertama dengan mengikuti kursus di Giatmara selama enam bulan dan membantu ibu di kedai jahit kami selama beberapa bulan.

S

EJAK menceburi bidang jahitan sebaik menamatkan kursus jahitan pada Julai tahun lalu, Evevion Erick kini sudah berjaya membuat lebih 50 pasang baju pelbagai jenis termasuk baju kurung moden, jubah serta baju tradisiona­l lain.

Anak kelahiran Kuala Penyu berumur 26 tahun itu berkata beliau menceburi bidang jahitan ini selepas ibunya memujuk untuk mengikuti jejaknya dalam bidang jahitan pada tahun lalu.

“Walaupun ketika itu saya bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta, pujukan ibu yang membawa saya untuk berjinak-jinak dalam bidang jahitan berjaya mengalihka­n kerjaya saya ke bidang ini sehinggala­h ke hari ini.

“Selepas meletakkan jawatan di tempat kerja lama, saya memulakan langkah pertama dengan mengikuti kursus di Giatmara selama enam bulan dan membantu ibu di kedai jahit kami selama beberapa bulan,” katanya sambil menambah kedai jahit JJM Tailor mereka berada berdekatan bulatan Pekan Kuala Penyu.

Evevion berkata beberapa bulan pertama beliau masih belum berani untuk menjahit baju sendiri tanpa pertolonga­n ibunya bagaimanap­un kejayaanny­a itu bermula apabila ibunya berpura-pura sakit dan menyuruhny­a untuk mengendali­kan kedai seorang diri pada Februari tahun ini.

“Semasa berada di kedai sendirian, saya mula meyakinkan diri memotong kain dan menjahit baju sehinggala­h saya berjaya menghasilk­an sepasang baju kurung moden dan saya sangat gembira dengan pencapaian itu serta berazam untuk membuat lebih banyak baju selepas itu.

“Sehingga kini saya sudah berjaya membuat lebih 50 pasang baju pelbagai jenis termasuk baju kurung moden, jubah dan baju tradisiona­l lain mengikut tempahan pelanggan dan juga sampel yang ada di kedai,” katanya.

Katanya antara busana yang pernah dibuatnya adalah baju tradisiona­l moden yang dipakai oleh Carolynn Debra Rony semasa mengikuti malam gala pada Pesta Kaamatan Daerah Sook tahun ini.

Tambahnya baju yang direka dan dipakai oleh beliau sendiri semasa majlis konvokesye­n di Giatmara turut mendapat perhatian ramai apabila pelanggan meminta untuk dijahitkan baju yang sama berikutan baju terbabit dipamerkan di dalam kedai jahit mereka.

Semasa ditanya tentang perancanga­n masa hadapan, beliau berazam akan terus berkecimpu­ng dalam bidang jahitan dan tidak mengharapk­an kerjaya lain berikutan sebelum ini beliau sudah menolak beberapa tawaran kerja kerana sudah sebati dengan bidang ini.

“Faktor lain yang membuatkan saya meminati bidang ini kerana pulangan pendapatan yang lumayan sehingga mencecah RM300 sehari untuk repair sahaja dan pendapatan tinggi bagi sepasang baju yang hanya dikenakan upah bermula RM40 bagi sepasang baju,” katanya.

Tambahnya mereka sentiasa mementingk­an kualiti pakaian yang dijahit dan faktor ini menyebabka­n mereka mempunyai pelanggan tetap tambahan pula mereka menyiapkan pakaian yang diminta lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Sementara itu ibunya, Jalinah Juin yang lebih awal menceburi bidang jahitan berkata beliau lebih pakar dalam menjahit baju tradisiona­l berbanding baju moden lain.

“Saya menjahit baju tradisiona­l bukan hanya dipengaruh­i dengan minat dan hobi semata-mata tetapi kerjaya ini juga dilakukan berikutan semakin sedikit pihak yang menjahit baju tradisiona­l pada masa ini,” katanya.

Katanya beliau juga dapat merasai keunikan pakaian tradisiona­l semasa proses menjahit baju terbabit kerana proses berkenaan bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi juga ketelitian yang tinggi bagi menghasilk­an baju yang unik dan berkualiti tinggi.

“Sebagai contoh baju tradisiona­l Sira Lambung dari suku kaum Tatana memerlukan proses menyulam secara teliti di beberapa bahagian baju termasukla­h tepi baju, lubang butang dan juga bawah kain menggunaka­n tujuh jenis sulaman yang akan siap dalam tempoh tiga hari.

“Semestinya setiap baju tradisiona­l di Sabah ini menampakka­n kelainan berikutan setiap suku kaum mempunyai baju tradisiona­l tersendiri.

“Melalui baju tradisonal juga si pemakai akan dikenali bukan hanya dari segi adat dan budaya tetapi juga mempamerka­n asal usul baju tradisiona­l itu sendiri yang diwariskan oleh nenek moyang kita,” katanya.

Jalinah berkata sejak memulakan perniagaan sepenuh masa sejak dua tahun lalu beliau sudah menjahit lebih 200 pasang baju tradisiona­l berikutan pihak Pejabat Daerah Kuala Penyu yang mempercaya­i sentuhan jahitannya itu.

“Setakat ini kami sudah menerima dua kali tempahan baju tradisiona­l sebanyak 51 pasang setiap tempahan dari pihak Pejabat Daerah Kuala Penyu yang digunakan sempena Pesta Kaamatan untuk dua tahun berturuttu­rut.

“Baru-baru ini juga kami turut menjahit lapan pasang baju tradisiona­l suku kaum Tatana yang diperagaka­n oleh peserta unduk ngadau di daerah ini Mei lalu,” katanya.

Ibu kepada lima orang anak dan berasal dari Keningau itu berkata beliau merancang untuk menambah cawangan kedai jahitnya serta berpindah ke kedai yang lebih selesa pada masa hadapan.

Menurutnya beliau sekeluarga juga merancang untuk memperluas­kan lagi aspek tempahan dan jahitan dengan menawarkan khidmat jahitan ke baju tradisiona­l yang ada di seluruh Sabah ini.

Jalinah yang memegang prinsip tidak mudah putus asa itu berkata beliau akan melakukan yang terbaik utuk memenuhi permintaan pelanggann­ya agar setiap baju yang ditempah akan siap sepertiman­a yang dikehendak­i mereka.

Tambahnya pembaca yang ingin menempah baju di kedainya dialu-alukan untuk mengunjung­i kedai jahitnya di Lot 1, bangunan kedai lama Pekan Kuala Penyu.

 ??  ??
 ??  ?? EVEVION ERICK
EVEVION ERICK
 ??  ?? JALINAH
JALINAH
 ??  ?? JALINAH bersama 51 pasang baju tradisiona­l yang ditempah pihak Pejabat Daerah Kuala Penyu.
JALINAH bersama 51 pasang baju tradisiona­l yang ditempah pihak Pejabat Daerah Kuala Penyu.
 ??  ?? BAJU yang direka sendiri semasa majlis konvokesye­n di Giatmara dan banyak mendapat tempahan semasa Hari Raya tahun ini.
BAJU yang direka sendiri semasa majlis konvokesye­n di Giatmara dan banyak mendapat tempahan semasa Hari Raya tahun ini.
 ??  ?? BAJU Sira Lambung Pertama yang berjaya dijahit oleh Jalinah dan dipakai sendiri oleh Evevion.
BAJU Sira Lambung Pertama yang berjaya dijahit oleh Jalinah dan dipakai sendiri oleh Evevion.
 ??  ?? BAJU Kadazan kanak-kanak bersama sigar yang turut dijahit di JJM Tailor.
BAJU Kadazan kanak-kanak bersama sigar yang turut dijahit di JJM Tailor.
 ??  ?? PAKAIAN Sira Lambung warna berbeza bersama sulaman di beberapa bahagian baju.
PAKAIAN Sira Lambung warna berbeza bersama sulaman di beberapa bahagian baju.
 ??  ?? JALINAH dan anaknya Evevion ketika sedang menjahit pakaian di kedai jahit mereka.
JALINAH dan anaknya Evevion ketika sedang menjahit pakaian di kedai jahit mereka.
 ??  ?? BUSANA baju tradisiona­l moden yang dipakai semasa malam gala.
BUSANA baju tradisiona­l moden yang dipakai semasa malam gala.
 ??  ?? BAJU Sira Lambung khas yang dijahit oleh Jalinah.
BAJU Sira Lambung khas yang dijahit oleh Jalinah.
 ??  ?? JJM Tailor turut menjahit baju suku kaum Kadazan.
JJM Tailor turut menjahit baju suku kaum Kadazan.
 ??  ?? KEDAI jahit JJM Tailor.
KEDAI jahit JJM Tailor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia