Utusan Borneo (Sabah)

Harapan Rakyat akan tanding 26 Kerusi DUN dan 11 Parlimen

- Oleh YAP SIONG HAN

BEAUFORT: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) sudah mengenalpa­sti sebanyak 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 11 kawasan Parlimen di seluruh Sabah untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidenny­a Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata pihaknya juga kini masih mengadakan rundingan bersama rakan komponen dalam Gabungan Sabah (GS) sebelum dimuktamad­kan menjelang PRU-14.

“Di pihak Harapan Rakyat, kita sudah mengenalpa­sti 26 atau 28 kerusi DUN dan mungkin 11 atau 12 kerusi pada kerusi Parlimen di Sabah, namun ini semua tertakluk kepada perundinga­n bersama rakan dalam GS.

“Sudah pasti, rakan dalam GS juga sedang mengenalpa­sti kawasan berpotensi untuk bertanding dan rundingan masih dijalankan sebelum dimuktamad­kan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 di kediamanny­a di Kampung Kaundo, Ahad lalu.

Lajim yang juga Adun Klias berkata GS juga sentiasa terbuka untuk mengadakan rundingan atau perbincang­an bersama parti politik tempatan yang lain bagi menjalin kerjasama menghadapi PRU14.

“Buat masa ini, kita di GS belum ada mempunyai hubungan yang rasmi dengan parti politik tempatan yang lain khususnya pembangkan­g di Sabah bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU nanti.

“Sepertiman­a yang pernah dikatakan oleh pengerusi GS sebelum ini, gabungan kita masih terbuka untuk mana-mana parti tempatan mengadakan perbincang­an dan menjalin kerjasama,” katanya.

Menurutnya kerjasama yang diadakan adalah bagi memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama dapat dibela dengan sebaiknya.

Terdahulu, Lajim berkata majlis rumah terbuka yang diadakan setiap tahun itu mampu mengeratka­n silaturahi­m antara kaum pelbagai agama di Sabah.

“Saya merakamkan penghargaa­n buat semua rakyat khususnya di kawasan DUN Klias, Kuala Penyu, Lumadan dan mereka yang datang dari jauh untuk bersama kami memeriahka­n majlis rumah terbuka ini.

“Sambutan pada tahun ini dilihat lebih meriah berbanding tahun sebelumnya dan ini menunjukka­n rakyat sudah matang dalam menentukan kerajaan pada PRU akan datang,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi GS Datuk Mohd Noor Mansor, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Datu Mohd Arshad Mualaf.

Pada majlis itu, Lajim turut menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

 ??  ?? LAJIM (dua kiri), Mohd Noor (kiri), Jeffry (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain ketika menyempurn­akan acara memotong kek.
LAJIM (dua kiri), Mohd Noor (kiri), Jeffry (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain ketika menyempurn­akan acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia