Utusan Borneo (Sabah)

`Harap pucuk pimpinan pertimbang’

Cadangan 20 calon wanita BN bertanding dalam PRU-14

-

“Tidak dapat dinafikan bahawa selama ini, Wanita BN sentiasa turun padang untuk membantu menjaga kebajikan rakyat serta mengenali mereka dengan lebih dekat. Justeru, pemilihan wanita sebagai Ahli Parlimen atau Adun pada PRU-14 adalah tepat. DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

KOTA KINABALU: Kepimpinan Barisan Nasional (BN) negeri dan Pusat wajar memberi pertimbang­an serius berhubung cadangan kira-kira 20 calon Wanita BN Sabah yang dikemukaka­n untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14).

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata perkara itu wajar diberi pertimbang­an serius memandangk­an nama Wanita BN negeri yang dikemukaka­n itu sudah pasti terdiri daripada calon berpotensi, boleh menang dan berwibawa.

Menurutnya penyenarai­an calon wanita itu juga menunjukka­n pucuk pimpinan negeri mengiktira­f peranan golongan itu untuk sama-sama terlibat dalam pembuatan dasar dan keputusan.

“Tidak dapat dinafikan bahawa selama ini, Wanita BN sentiasa turun padang untuk membantu menjaga kebajikan rakyat serta mengenali mereka dengan lebih dekat. Justeru, pemilihan wanita sebagai Ahli Parlimen atau Adun pada PRU-14 adalah tepat.

“Saya mengalu-alukan kenyataan Pengerusi Wanita BN Sabah Datuk Armani Mahiruddin dan berharap pucuk pimpinan di peringkat negeri serta Pusat mengambil pertimbang­an serius mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Baru-baru ini, Armani menyatakan beliau telah mengemukak­an senarai 20 calon Wanita BN terdiri daripada muka lama dan baharu untuk bertanding dalam PRU-14 kepada Pengerusi Wanita BN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Semua calon itu mempunyai kewibawaan dan beliau yakin potensi mereka untuk dipertimba­ngkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan.

Hamisa berkata cadangan 20 nama sebagai calon Wanita BN negeri itu turut menunjukka­n Sabah mempunyai pemimpin wanita yang berkeboleh­an untuk diketengah­kan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia