Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal sedia membayar 44 juta pound dapatkan khidmat Lacazette

-

LONDON, England: Arsenal sudah bersetuju dengan satu perjanjian bersama kelab Lyon untuk mendapatka­n penyerang antarabang­sa Perancis, Alexandre Lacazette untuk apa yang mungkin yuran perpindaha­n rekod kelab bernilai 44 juta pound.

Perjanjian mungkin melepasi rekod 42.5 juta yang dibayar oleh Arsenal kepada Real Madrid untuk mendapatka­n Mesut Ozil pada 2013 dan dijangka akan dimuktamad­kan dalam tempoh 24 jam selepas Lacazette dalam perjalanan ke London untuk menjalani pemeriksaa­n perubatan.

Arsenal gagal dengan bidaan pertama 29 juta pound untuk mendapatka­n pemain berusia 26 tahun itu setahun yang lalu dan melihat bidaan pertama mereka tahun ini berjumlah 39.5 juta pound juga ditolak, sebelum mencapai persetujua­n dengan pemilik kelab Lyon, Jean-Michel Aulas.

Aulas menolak spekulasi di mana perpindaha­n mungkin bernilai 58.7 juta pound, termasuk bonus, dengan berkata: “Ia satu yang mustahil dan tidak masuk akal. Tawaran pertama oleh Arsenal adalah 39.5 juta.

“Perjanjian akan dicapai sekitar antara jumlah asal dan 43.8 juta. Untuk menghampir­i 50 juta euro adalah sesuatu yang unik dan ia adalah satu rekod untuk Arsenal dan juga Lyon.

“Kita harus melihat kepada tradisi, sebuah kelab seperti Arsenal tidak mempunyai kebiasaan berbelanja besar untuk hanya seorang pemain.

“Kami pastinya mencipta rekod perpindaha­n baharu kelab. Ia bukan satu jumlah yang kecil, 50 juta euro untuk seorang pemain yang dihasilkan oleh kelab kami.”

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menolak untuk mengalah dalam usaha mendapatka­n Lacazette dan beliau pastinya gembira untuk mendapatka­n salah seorang pemain sasaran utama dalam pasaran perpindaha­n selepas mengakui bahawa beliau dijangka tidak akan dapat membeli Kylian Mbappe dari Monaco.

Lacazette sudah bersama Lyon sejak di awal kerjayanya. Beliau menjaringk­an 129 gol dalam 275 perlawanan.

Musim lepas, beliau menjaringk­an 37 gol dalam 45 penampilan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia