Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Pitas lalui Ramadan, Aidilfitri tanpa air

- Oleh HENRY BATING

PITAS: Kerajaan Negeri Sabah perlu mempercepa­tkan langkah menentukan status Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sama ada kekal sebagai jabatan atau diswastaka­n kerana ia adalah pokok masalah bekalan air di sini yang tidak pernah selesai sejak lama.

Penyelaras Parti Warisan DUN Pitas Mohd Zinin Andong Ajak berkata pihaknya difahamkan, ekoran keputusan yang belum menentu, JANS menghadapi kekurangan tenaga manusia dan kewangan untuk membayar tuntutan kontraktor.

“Paling teruk, masalah ketiadaan bekalan air bersih berlaku sepanjang bulan puasa sehingga Hari Raya Aidilfitri dan berlanjuta­n sehingga kini. Penduduk bergantung pada air mineral untuk memasak, minum dan membersih diri ala kadar,” katanya.

Beliau menyatakan pihaknya menyedari ada usaha pihak berwajib peringkat kawasan dan kementeria­n namun masalah tidak juga dapat diselesaik­an kerana kekurangan sumber tenaga manusia dan peruntukan kewangan.

Menurut Zinin ketika status JANS belum pasti, masalah ketiadaan air bersih terus berlaku dan menjejaska­n pelbagai sektor seperti masjid, cuci kereta, restoran, dobi, kenduri dan kegiatan harian penduduk.

“Saya tidak berniat menyalahka­n kakitangan Jabatan Air Pitas namun terpanggil membuat kenyataan untuk menyuaraka­n rintihan pelbagai pihak yang disalurkan kepada kami,” katanya.

Pihaknya menerima maklumat tentang masalah yang berlaku disebabkan kerosakan generator pengepam loji air, tapi pada waktu yang sama wujud pengepam menggunaka­n bekalan tenaga SESB tapi tidak digunakan sejak bertahun-tahun.

Difahamkan pada masa ini, kontraktor penyelengg­ara pengepam air sudah berhenti disebabkan belum menerima bayaran tuntutan daripada JANS.

Zinin menjelaska­n masalah bekalan air di Pitas sudah bertahun lamanya dan kian rumit, selain bekalan air tidak terawat, turut berlaku tekanan air rendah dan notis penutupan bekalan yang tidak sampai kepada pengguna.

 ??  ?? PENDUDUK menerima bekalan air tidak terawat dari loji penapis.
PENDUDUK menerima bekalan air tidak terawat dari loji penapis.
 ??  ?? LOJI penapis air Pitas tidak berfungsi.
LOJI penapis air Pitas tidak berfungsi.
 ??  ?? MOHD ZININ
MOHD ZININ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia