Utusan Borneo (Sabah)

Persidanga­n Perwakilan Umno Semporna awal Ogos depan

-

SEMPORNA: Umno Bahagian Semporna telah menetapkan Persidanga­n Perwakilan Bahagian Semporna pada 5 Ogos depan manakala persidanga­n Perwakilan Sayap-Sayap Umno Bahagian pada 29 Julai ini, pada satu mesyuarat kelmarin.

Mesyuarat yang dipengerus­ikan oleh Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran itu turut membincang­kan persiapan awal lawatan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Umno Bahagian Semporna.

Hadir sama di mesyuarat itu, Setiausaha Umno Bahagian Mohd Syam Mukasan, Bendahari Umno Bahagian Dato Hj Abd Razak Tun Sakaran, Pemangku Ketua Wanita Umno Hajah Latifah Penghulu Hj Hindi, Ketua Penerangan Umno Semporna, Datuk Harman Mohammad, Pemangku Ketua Pemuda Umno Ahmad Marzuki Nasir, Ketua Puteri Umno Zakiah Hj Kalipunya, Pengerusi Biro Guaman dan Pengurusan Tanah Umno Datuk Basalie Abd Hamid dan AJK Bahagian merangkap Pengerusi Biro Pelanconga­n Umno Semporna Dato Abd Hajan Gurimbang.

Dalam mesyuarat yang sama, Umno Bahagian Semporna meminta agar pihak keselamata­n meningkatk­an lagi tahap keselamata­n khususnya di daerah Semporna dengan memperheba­tkan lagi operasi terutama sekali mengawal kemasukan PTI yang banyak menjejaska­n aktiviti kehidupan harian masyarakat setempat.

Umno Bahagian Semporna turut menyatakan sokongan dan keyakinan penuh terhadap usaha agensiagen­si keselamata­n untuk terus menjamin keamanan di Semporna.

Sehubungan itu, Mesyuarat AJK Umno Bahagian Semporna turut memutuskan untuk mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggun­gjawab terhadap penyebaran video yang tular dalam media sosial Facebook sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna Dato Sri Hj Nasir yang dikunjungi serta dihadiri Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

 ??  ?? NASIR (duduk, tiga kiri) bersama Mohd Syam (tiga kanan), Latifah (dua kiri), Ahmad Marzuki (duduk, kiri), Razak (berdiri, enam kanan), Basalie (lima kanan), Abd Hajan (berdiri, tiga kiri) dan sebahagian AJK Umno Bahagian Semporna.
NASIR (duduk, tiga kiri) bersama Mohd Syam (tiga kanan), Latifah (dua kiri), Ahmad Marzuki (duduk, kiri), Razak (berdiri, enam kanan), Basalie (lima kanan), Abd Hajan (berdiri, tiga kiri) dan sebahagian AJK Umno Bahagian Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia