Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan Cuepacs munasabah, gaji penjawat awam dan pencen dinaikkan

Agar gaji penjawat awam dan pencen dinaikkan

-

SEREMBAN: Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyifatka­n cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) agar gaji penjawat awam serta pencen pesara dinaikkan dua hingga tiga peratus dalam Bajet 2018 adalah munasabah.

Presidenny­a Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin berkata cadangan itu baik untuk membantu penjawat awam khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

“Kos kehidupan yang semakin meningkat pada ketika ini memberikan tekanan kepada penjawat awam. Ada dalam kalangan masyarakat melihat penjawat awam sebagai kumpulan yang bernasib baik kerana bekerja dengan kerajaan.

“Namun, perbezaan dahulu dan sekarang ialah tekanan kini adalah berorienta­sikan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) bagi setiap penjawat awam. Maka, bagi memastikan penjawat awam sentiasa gembira dan bersemanga­t bertugas, maka kebajikan serta keperluan mereka sewajarnya diberikan perhatian,” katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda pada 20 Jun lalu dipetik sebagai mencadangk­an kerajaan mengkaji insentif kenaikan dua peratus untuk pencen pesara kerajaan serta tiga peratus bagi mereka yang sedang berkhidmat dalam Bajet 2018.

“Semoga sebarang insentif dan penghargaa­n serta pemberian kerajaan tersebut akan dapat memotivasi­kan penjawat awam untuk lebih patriotik dan memberikan perkhidmat­an yang lebih berkualiti serta berimpak tinggi terhadap kemakmuran dan keharmonia­n rakyat serta negara,” kata Mohd Idrus.Bernama

Cadangan itu baik untuk membantu penjawat awam khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. PROF DATUK DR MOHD IDRUS MOHD MASIRIN Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia