Utusan Borneo (Sabah)

Saddi tidak kecewa jambatan kedua dapat halangan

-

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata beliau tidak pernah merasa kecewa dan patah semangat meneruskan tanggungja­wab memajukan kawasan ini, walaupun hasratnya ingin melihat pembinaan jambatan kedua Sukau mendapat halangan pihak tertentu.

Ia kerana, beliau masih ada ‘jalan’ untuk meneruskan projek mega yang telah diluluskan Kerajaan Persekutua­n itu untuk dilaksanak­an di kawasan laluan berhampira­n Pekan Sukau, yang tidak memberikan kesan kepada alam sekitar sebagaiman­a yang mendapat tentangan sebelumnya.

“Sebaliknya, saya berjanji selagi diberikan peluang pembinaan jambatan berkenaan akan dilaksanak­an di kedudukan yang berlainan, walaupun dalam kos yang lebih besar, demi membangunk­an kawasan ini seterusnya memberikan pembelaan kepada rakyat DUN Sukau yang memerlukan kemudahan itu,” katanya.

Berucap merasmikan Majlis Aidilfitri anjuran Koperasi Pelanconga­n Warisan Sukau Berhad (KPWSB) di balai perjumpaan badan itu di Kampung Sukau di sini, Saddi berkata pembinaan jambatan kedua seumpama itu merupakan salah satu instrumen penting yang terkandung dalam Pelan Strategik Pembanguna­n DUN Sukau yang dicetuskan­nya.

Beliau yang juga pengerusi Korperasi Pembanguna­n Desa (KPD) masih mempunyai idea dan pendekatan untuk meneruskan perancanga­n melaksanak­an projek berkenaan.

Apa yang penting, katanya, rakyat kawasan itu harus terus memberikan sokongan padu untuknya meneruskan rancangan pembanguna­n di situ, terutamany­a dalam mewujudkan sebuah pusat pentadbira­n baharu daerah walaupun bermula dengan Pejabat Daerah Kecil Sukau di pekan itu, sekurang-kurangnya menjelang tahun 2020.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Penaja Koperasi Sabran Adari, PPM Sukau Amirudin Mohd Damit, Ketua Anak Negeri Sukau Awang Ahmad Hj Ongkang dan para pemimpin setempat serta ahli koperasi berkenaan.

Saddi berkata beberapa perkara penting bersangkut­an keperluan ekonomi rakyat di kawasan persekitar­an Pekan Sukau juga akan mendapat tumpuannya.

Antara lain, ialah memajukan sektor pelanconga­n di kampung itu melibatkan kepentinga­n dan peluang anak-anak tempatan yang amat terjejas dan lebih dikuasai oleh pihak luar yang terus mengaut keuntungan.

“Kalau boleh, gunakanlah sebaik-sebaik peluang kepada anak-anak tempatan memajukan sektor ini yang selama ini dibolot dengan rakus oleh penguasa dari luar kawasan ini.

“Ada laporan mengatakan bahawa rakyat di Kg Sukau khususnya pengusaha homestay meraih keuntungan sehingga RM26,000 setahun. Laporan ini tidak benar. Mereka yang menyediaka­n laporan ini adalah kalangan operator pelanconga­n asing beroperasi di sini bagi menggambar­kan kepada kerajaan bahawa masyarakat kawasan ini sudah hidup senang.

Dalam masa sama, Saddi berkata operator pelancong asing ini ‘berpakat’ dalam Persatuan KITA, sebuah badan mewakili syarikat-syarikat pelanconga­n berserta badan NGO yang mewakili kepentinga­n perlindung­an alam sekitar, bagi memburuk-burukkan rancangan pembinaan jambatan kedua Sukau.

“Ia bertujuan melindungi kepentinga­n mereka menerusi kegiatan pelanconga­n serta alam sekitar di kawasan itu, dengan mengetepik­an kepentinga­n kehidupan rakyat setempat,” katanya.

Sebaliknya, a payang berlaku, sudah banyak pengusaha homestay di Kampung Sukau serta dalam DUN Sukau berhadapan isu ‘gulung tikar’ kerana peluang yang sepatutnya mereka miliki sudah direbut oleh pihak lain.

Sebagai wakil rakyat kawasan itu, beliau tidak rela melihat keadaan itu berterusan, tetapi mahu masyarakat terlibat bekerjasam­a dalam merebut kembali peluang itu termasuk mengukuhka­n kerjasama dengan pihak kerajaan.

Sambil mengajak rakyat agar mengambil iktibar ke atas isu berkenaan demi untuk kebaikan masa depan mereka, Saddi berharap agar KPWS dapat memainkan peranannya untuk kebaikan industri pelanconga­n di kawasan itu.

“Saya berpendapa­t penubuhan koperasi ini amat tepat pada waktunya untuk kita sama-sama merangka strategi membangunk­an sektor pelanconga­n di kawasan ini, juga diikuti sektor lain,” katanya.

 ??  ?? SADDI menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah kepada salah seorang pemenang.
SADDI menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah kepada salah seorang pemenang.
 ??  ?? SADDI menjamah juadah Aidilfitri bersama pemimpin yang hadir.
SADDI menjamah juadah Aidilfitri bersama pemimpin yang hadir.
 ??  ?? SADDI menyampaik­an ucapan.
SADDI menyampaik­an ucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia