Utusan Borneo (Sabah)

Parti Abe kalah teruk pilihan raya DUN Tokyo

-

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menyatakan kekalahan teruk partinya dalam pilihan raya dewan undangan negeri Tokyo pada hujung minggu lepas melambangk­an kritikan teruk, selepas ia kehilangan lebih separuh kerusinya dalam kekalahan bersejarah.

Pengundian, dilihat sebagai ‘bellwether’ bagi sentimen politik negara, muncul ketika Abe sedang berdepan dengan satu siri tekanan dan skandal yang telah menurunkan populariti­nya.

Sebuah parti politik baharu yang ditubuhkan oleh bekas pemberita wanita TV Yuriko Koike, dilantik sebagai gabenor Tokyo dalam satu pilihan raya mengejut pada tahun lepas, telah mampu untuk menyatakan tentang ini bagi merampas 49 buah kerusi daripada 127, menjadi kumpulan utama di dalam dewan negara dalam pilihan raya kelmarin.

“Kami perlu untuk mengambil secara serius keputusan ketika satu kritikan teruk terhadap parti kami LDB,” Abe yang kelihatan sugul memberitah­u wartawan pada pagi semalam, selepas kiraan kerusi Parti Demokratik Liberal berkuranga­n secara dramatik daripada 57 kepada hanya 23, satu penurunan yang ketara.

“Saya berazam untuk membentuk semula parti agar bekerja sama dan memenangi semula kepercayaa­n di kalangan orang awam melalui merealisas­ikan pencapaian,” jelas beliau.

Abe telah dilantik sebagai perdana menteri pada lewat 2012 dengan satu mandat untuk memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas bencana alam itu

Namun pemimpin berusia 62 tahun itu telah dikecam bagi tuduhan yang beliau menunjukka­n melebihkan seorang rakan di dalam satu urusniaga perdaganga­n, yang dinafikan oleh perdana menteri.

Dakwaan muncul beberapa bulan lepas selepas beliau terpaksa menafikan hubungan dengan pengarah kontrovers­i sebuah sekolah yang membeli tanah kerajaan dengan diskaun besar, menyebut isteri Abe sebagai pengetua kehormatny­a.

Koike, 64, bekas Ahli Parlimen dan menteri pertahanan yang dilihat bercita-cita untuk kembali dalam bidang politik negara dan dianggap sebagai calon kuat untuk menjadi perdana menteri wanita pertama Jepun.

Selepas pilihan raya, parti beliau Tomin First menambah kerusi dewan kepada 55 dengan mengemukak­an enam lagi calon yang bertanding secara bebas.

Parti ketiga Komeito, parti sederhana yang disokong kumpulan Buddha, telah lama memihak dengan Abe dalam politik negara namun kini bekerjasam­a dengan parti tempatan Koike di Tokyo.

Sebanyak 23 kerusinya, ditambah kerusi parti yang lebih kecil, memberi Koike dan sekutunya kawalan efektif majoriti selesa 79 kerusi dalam dewan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? ABE bercakap kepada para wartawan sejurus tiba di pejabatnya di Tokyo, semalam.
— Gambar Reuters ABE bercakap kepada para wartawan sejurus tiba di pejabatnya di Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia