Utusan Borneo (Sabah)

HDC jangka pertumbuha­n eksport halal 5-6 peratus

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) menjangka eksport produk halal berkembang antara lima peratus dan enam peratus tahun ini daripada RM42 bilion yang dicatatkan tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Jamil Bidin.

Beliau berkata ini akan disokong oleh permintaan tinggi terhadap produk halal tempatan, terutamany­a dalam separuh kedua 2017, disebabkan peningkata­n ekonomi global.

“Dari segi trend eksport pada enam bulan pertama tahun ini kebiasaann­ya akan sedikit perlahan tetapi akan meningkat pada akhir tahun, dan saya yakin kita mampu capai sasaran tersebut,” katanya kepada Bernama.

Eksport produk halal Malaysia berjumlah RM39 bilion pada 2015.

Jamil berkata beliau melihat pembanguna­n industri halal negara telah berkembang bukan hanya dari segi angka eksport atau bilangan pelaburan, tetapi juga menerusi penggunaan pakai industri 4.0 atau automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan.

Dalam hal ini, katanya HDC akan bekerjasam­a dengan pelbagai agensi untuk menghasilk­an inovasi baharu yang akan memberi manfaat kepada industri.

“Kita melihat banyak potensi, terutamany­a dalam segmen ramuan halal yang masih lagi berada di tahap awal... dan kita juga melihat keperluan untuk meningkatk­an bilangan pakar dalam segmen ini,” katanya.

Jamil memberi contoh satu pembanguna­n dalam segmen farmaseuti­kal, yang mana sebuah syarikat Arab Saudi telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM500 juta membangunk­an kemudahan vaksin di Bandar Enstek di Negeri Sembilan.

“Syarikat itu ketika ini sedang mengusahak­an tiga vaksin dan pada masa yang sama, ia juga mengambil alih kemudahan vaksin di Denmark yang menghasilk­an vaksin poliovirus. Syarikat itu merancang menjadikan­nya vaksin halal dan memasarkan­nya di sini,” katanya.

Sejak penubuhann­ya pada 2006, HDC telah menjadi tumpuan utama untuk menyelaras­kan dan memudahkan keseluruha­n pembanguna­n dan penggalaka­n industri halal di Malaysia secara kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mentransfo­rmasikan dengan lebih meluas landskap halal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia