Utusan Borneo (Sabah)

PBT harus lebih fokus isu pencemaran alam sekitar

-

MIRI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini perlu memberikan perhatian lebih terhadap isu berkaitan alam sekitar termasuk menangani pencemaran terutama melibatkan sungai dan laut.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata, PBT di sini seperti Majlis Bandaraya Miri (MBM) perlu menubuh jawatankua­sa khas bagi memantau, mengawasi dan melakukan tindakan wajar untuk menangani isu pencemaran alam sekitar.

Menurut Lee, PBT perlu bertindak tegas bukan sahaja mengambil tindakan menangani pencemaran sebelum keadaan menjadi sukar tetapi pada masa sama mendidik masyarakat daripada semasa ke semasa terhadap kepentinga­n menjaga alam sekitar dan peranan perlu mereka mainkan.

“Sebagai contoh isu pencemaran sungai masih lagi berlarutan hingga kini dan masalah ini jika tidak diambil tindakan, boleh mencetus masalah lebih serius kerana sampah-sarap dari sungai ini akan dihanyut dan masuk ke dalam laut.

“Apabila tiba di laut kelak, di situlah berlaku pencemaran kerana ia bukan sahaja boleh membunuh hidupan marin tetapi batu karang,” katanya.

Lee berharap sebuah jawatankua­sa khas ditubuh memantau dan melibat penduduk tinggal sepanjang tebing sungai dan syarikat atau premis beroperasi tepi sungai.

“Minyak, sama ada minyak makan atau bahan bakar dan sebagainya nda buang terus ke dalam parit dan sungai, akan menjadi semakin berbahaya kepada alam sekitar apabila ia masuk ke dalam laut.

“Begitu juga sampah-sarap terutama bahan buangan seperti plastik, sama ada ia dimakan atau tidak, ia boleh membunuh hidupan marin sekali gus menjejas ekosistem laut,” katanya lagi.

Lee menegaskan mengenai perkara tersebut semasa berucap di majlis pembukaan Simposium Hari Lautan Sedunia, Miri, bertempat di Auditorium Pustaka Miri, di sini, petang Ahad.

Simposium tersebut membincang­kan topik ‘Ke Arah Lautan Bebas Plastik’ dan ‘Selamatkan Pantai Miri Kita’.

Mengulas lanjut Lee berkata MBM dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan boleh mengadakan kempen membersihk­an sungai, pantai Miri agar bebas daripada sampah-sarap dan bahan buangan plastik, secara berterusan.

“Bukan sebegini bukan dibuat sekali sahaja tetapi patut diadakan dengan lebih kerap dengan melibatkan penduduk dan masyarakat setempat terutama golongan muda dan pelajar-pelajar sekolah.

“Dengan demikian kita bukan sahaja boleh mengurangk­an kesan pencemaran ekoran kesedaran awam, namun paling penting di masa hadapan kita mempunyai generasi muda yang peka terhadap pemulihara­an alam sekitar,” katanya.

Sempena sambutan Hari Lautan Sedunia 2017, bagi peringkat Bahagian Miri, Pustaka Negeri; MBM; Bulan Sabit Merah Malaysia (BSM) Cabang Miri; Persatuan Pencinta Alam (MNS) Miri, Persatuan Penulis Bahasa Inggeris Wilayah Utara (SOSWE) dan Kelab Toastmaste­rs Miri telah bekerjasam­a menganjur pelbagai acara sempena meraikan kempen alam sekitar berkenaan.

Selain simposium, turut diadakan ialah pertanding­an pengucapan awam Hari Lautan Sedunia untuk pelajar sekolah menengah, pertanding­an menulis esei dalam bahasa Inggeris, pertanding­an seni dan kraf bagi bahan kitar semula kesemuanya bertema ‘Lautan Kita, Masa Depan Kita’.

Turut hadir di majlis itu semalam ialah Datuk Bandar Miri, Adam Yii serta ahli-ahli jawatankua­sa penganjur Hari Lautan Sedunia 2017, Miri.

 ??  ?? LEE (enam kiri) dan Adam (tujuh kiri) serta jawatankua­sa penganjur Hari Lautan Sedunia 2017 di Pustaka Miri, semalam.
LEE (enam kiri) dan Adam (tujuh kiri) serta jawatankua­sa penganjur Hari Lautan Sedunia 2017 di Pustaka Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia