Utusan Borneo (Sabah)

Tidak capai KPI, pemain bakal disingkirk­an

Jika tidak capai KPI, kata Norza

-

KUALA LUMPUR: Pemain perseorang­an lelaki negara berdepan tindakan disingkirk­an sekiranya gagal mempamerka­n prestasi konsisten, kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia( BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Beliau berkata di bawah sistem kejurulati­han baharu yang diketuai Datuk Misbun Sidek, tiada lagi jaminan pemain itu akan kekal jika mereka tidak mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

“Saya telah beritahu kepada semua pemain dengan bermulanya sistem kejurulati­han baharu ini, ia merupakan permulaan dan mungkin juga pengakhira­n kepada karier sesetengah pemain. Jadi tepuk dada, tanya selera.

“Kita akan meletakkan KPI tertentu. Ramai pemain di luar sana yang menunggu (untuk menyertai BAM) sekiranya mereka gagal melaksanak­an tanggungja­wab dengan baik ,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemain dan jurulatih di Akademi Badminton Malaysia di sini, kelmarin.

Beliau berkata tiada lagi alasan untuk pemain tidak mencapai KPI yang ditetapkan selepas BAM menyediaka­n kemudahan latihan menyeluruh dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain perseorang­an bertaraf dunia.

“Kita menyediaka­n kepada mereka (pemain) segala kemudahan latihan yang lengkap, jurulatih bertaraf dunia dan mereka juga ada Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) untuk berlatih bersama...jadi mereka tiada alasan untuk tidak menjadi pemain bertaraf dunia,” katanya.

Sementara itu, Misbun yang kembali bertugas secara rasmi kelmarin selepas hampir tujuh tahun meninggalk­an badan induk itu, berkata beliau tidak bercadang merombak sistem latihan sedia ada secara drastik.

Misbun berkata beliau yang dibantu Hendrawan dan I n dr a Wijaya, berhasrat untuk melakukan pemerhatia­n sepanjang minggu ini terlebih dahulu sebelum menyusun agenda seterusnya.

“Saya mempunyai sedikit pengalaman serta pengetahua­n dan ia memang satu bebanan tetapi saya mengambil ini sebagai cabaran. Saya daripada dulu suka dicabar dan akan sentiasa berusaha mencari jalan keluar,” katanya.

Mengulas mengenai kesediaann­ya menggalas tugas sebagai ketua jurulatih, Misbun berkata ia dibuat selepas menimbangk­an beberapa perkara, antaranya rayuan daripada Chong Wei yang menggesa beliau kembali melatihnya.

“Secara jujur saya tidak mahu tetapi keyakinan untuk kembali ke BAM itu hadir apabila Chong Wei sendiri yang beberapa kali berjumpa dan minta saya untuk membantu beliau dan pemain pelapis yang lain.

“Kalau lapan kali dia jumpa saya, lapan kali dia akan mengalirka­n air mata. Hubungan saya dan dia (Chong Wei) ibarat anak dan bapa jadi saya faham apa yang dia perlukan. Jadi, apa salahnya untuk saya bantu,” katanya.

Misbun merupakan individu yang bertanggun­gjawab mengembang­kan bakat Chong Wei sehingga muncul pemain perseorang­an lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.

Bagaimanap­un, beliau meletak jawatan sebagai jurulatih perseorang­an negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas sebab peribadi. - Bernama

Saya telah beritahu kepada semua pemain dengan bermulanya sistem kejurulati­han baharu ini, ia merupakan permulaan dan mungkin juga pengakhira­n kepada karier sesetengah pemain. Jadi tepuk dada, tanya selera. DATUK SERI MOHAMAD NORZA ZAKARIA Presiden BAM

 ??  ?? MISBUN (dua, kanan) bersalaman bersama pemain badminton perseorang­an negara Datuk Lee Chong Wei ketika melapor diri sebagai ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara di Akademi Badminton Negara kelmarin. - Gambar BERNAMA
MISBUN (dua, kanan) bersalaman bersama pemain badminton perseorang­an negara Datuk Lee Chong Wei ketika melapor diri sebagai ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara di Akademi Badminton Negara kelmarin. - Gambar BERNAMA
 ??  ?? MISBUN (kiri) bersalaman dengan Norza ketika melapor diri sebagai ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara di Akademi Badminton Negara kelmarin. - Gambar BERNAMA
MISBUN (kiri) bersalaman dengan Norza ketika melapor diri sebagai ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara di Akademi Badminton Negara kelmarin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia