Utusan Borneo (Sabah)

Jangan keluarkan kenyataan menghasut

-

MELAKA: Ketua jurulatih pasukan bola sepak di negara ini diingatkan agar tidak mengeluark­an kenyataan negatif terutamany­a berbaur hasutan sekiranya tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata ini kerana beliau percaya kenyataan berkenaan boleh mewujudkan unsur ketidakper­cayaan terhadap mutu pengadilan bola sepak di negara ini.

“Sememangny­a kita akan ada rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan, tetapi jangan sampai ia merosakkan dan mencemarka­n imej bola sepak negara... persepsi negatif ini perlu dihapuskan.

“Kita tidak mahu mutu pengadilan akan menyebabka­n timbulnya rasa hilang kepercayaa­n penyokong-penyokong yang merasa seolaholah tertipu dengan perlawanan yang kononnya seperti diatur,” katanya dalam sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata FAM melalui jawatankua­sa pengadil turut sentiasa berusaha meningkatk­an mutu pengadilan bola sepak agar kesilapan seumpama ini tidak berulang sekali gus mengembali­kan kepercayaa­n orang ramai terhadap sistem pengadilan tersebut.

Sabtu lepas, Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh melahirkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwanya berat sebelah ketika Tok Gajah tewas 1-2 kepada Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Mohd Yusoff berkata usaha ini bagi menghilang­kan keraguan orang ramai selain meyakinkan mereka agar Liga Malaysia akan terus dihormati.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United itu berkata secara peribadiny­a beliau juga tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada perlwanan Liga Super antara Melaka United dan PKNS FC baru-baru ini.

“Saya juga atas faktor Melaka United turut tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang berlangsun­g baru-baru ini ketika menentang pasukan PKNS. Saya dimaklumka­n pengerusi jawatankua­sa pengadil bahawa keputusan penalti dan kad merah kepada pemain Melaka United itu salah,” katanya.

Beliau berkata apabila sesuatu rasa tidak puas hati timbul, seharusnya pihak ketua jurulatih melalui persatuan perlu menghantar surat bantahan rasmi kepada jawatankua­sa pengadil berserta bukti seperti video perlawanan.

“Saya difahamkan pengerusi jawatankua­sa pengadil belum menerima surat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pahang dan kenyataan yang dikeluarka­n Dollah barangkali bersifat peribadi dan bukan secara rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pahang,” katanya. Dalam pada itu, Mohd Yusoff berkata pihaknya mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas 100 hari pentadbira­nnya sebagai Presiden FAM.

“Jawatankua­sa FAM sentiasa menaruh sepenuh kepercayaa­n dan berdiri teguh di belakang tuanku untuk melakukan apa jua perubahan dalam bola sepak negara agar ia dapat ke satu tahap yg lebih baik dari sebelumnya,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia