Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai harap tiada kenaikan harga beras, peniaga jangan ambil kesempatan

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Orang ramai berharap isu kenaikan harga beras wangi dan putih oleh syarikat tempatan yang tular menerusi media sosial beberapa hari kebelakang­an ini, tidak benar.

Berita mengenai kenaikan harga beras berkenaan mula tular apabila satu memorandum daripada syarikat itu tersebar yang menyatakan pihak pengurusan membuat keputusan menaikkan harga bagi semua jenis beras wangi dan putih sebanyak RM1 untuk setiap kampit 10 kilogram (kg) dan RM0.50 bagi kampit 5kg bermula 1 Julai lalu.

Namun begitu, dalam memorandum berkenaan menyatakan kenaikan harga berkenaan hanya melibatkan peruncit serta pemborong sahaja dan bukannya pengguna.

Bagaimanap­un, orang ramai bimbang jika perkara berkenaan benar dan khuatir ada segelintir peniaga turut mengambil kesempatan menaikkan harga beras terlibat.

Pengguna, Anggeline Marau, 39, berkata isu kenaikan harga beras wangi dan putih itu dilihat sebagai satu beban kepada rakyat sekiranya benar.

“Jika isu ini benar, sebagai pengguna memang kita akan merasakan beban kerana beras adalah makanan ruji. Jika kenaikan itu disebabkan kos bahan mentah, saya rasa ia sangat tidak wajar,” katanya.

Rina Jallis, 31, berkata kesan negatif turut dirasai oleh semua golongan jika kenaikan harga beras itu benar.

“Pada masa kini, kita tahu ekonomi negara kurang menggalakk­an dan harga barangan di Sabah khususnya masih lagi tinggi berbanding negeri lain.

“Jika kenaikan harga beras ini berlaku di peringkat peruncit mahupun pemborong, sudah pasti pendapatan mereka akan merosot,” katanya.

Jelasnya tidak mustahil harga beras yang akan dijual di pasaran akan turut meningkat kerana bukan sahaja pengguna yang berkeluarg­a merasakan beban itu tetapi juga mereka yang belum berkeluarg­a.

Sementara itu, Chall CP, 33, berharap agar isu kenaikan harga beras itu tidak benar yang hanya disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Sebagai pengguna, saya berharap beras dijual pada harga berpatutan di pasaran.

“Bagi memantau isu ini, kita mohon pemantauan harga oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) ke atas setiap peruncit agar mereka mematuhi harga yang telah ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? CHALL
CHALL
 ??  ?? RINA
RINA
 ??  ?? ANGGELINE
ANGGELINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia