Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa khas tapak pelupusan sanitari diwujudkan

-

KLUANG:Sebuah jawatankua­sa khas berhubung tapak pelupusan sanitari akan diwujudkan dalam usaha kerajaan untuk mengenal pasti punca dan mencari jalan menyelesai­kan isu berkaitan pencemaran terutama kepada sumber air.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Hamim Samuri berkata usaha ini juga bagi menangani kekerapan kes pencemaran air yang melanda negara kebelakang­an ini yang ada antaranya disebabkan tapak pelupusan sanitari.

“Satu mesyuarat yang dipengerus­ikan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam telah dihadiri oleh pihak Jabatan Alam Sekitar dan agensiagen­si berkaitan.

Dalam mesyuarat itu, mereka bersetuju untuk mewujudkan satu jawatankua­sa khas (berkaitan tapak pelupusan sanitari) yang akan bersidang segera untuk mencari jalan menyelesai­kan masalah yang menjurus kepada pencemaran terutama pencemaran air,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat tapak pelupusan sampah, Ladang CEP, Simpang Renggam, dekat sini, kelmarin.

Dalam masa yang sama, pihaknya kini dalam peringkat akhir untuk mendapatka­n persetujua­n semua pihak terutama kerajaan negeri tentang pengurusan sumber air yang melibatkan empangan, tasik serta termasuk air yang dilepaskan ke sungai.

Ini adalah selaras dengan usaha kementeria­n sebelum membentang­kan Rang Undangunda­ng baharu berkenaan sumber air negara sebelum boleh dibentangk­an di Parlimen, yang dijangka dibentangk­an ke Kabinet selewatlew­atnya September ini.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia