Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran dalam meningkatk­an transforma­si profesiona­lisme keguruan masa kini

- Oleh DR. ABDUL SAID AMBOTANG & MULIYATI TIMBANG

SISTEM pendidikan negara sering mengalami perubahan. Fenomena itu bagi memenuhi keperluan perubahan dan inovasi persekitar­an pendidikan. Chong (2014) menyetujui kenyataan itu dengan menyatakan pelbagai perubahan dalam pendidikan di Malaysia disebabkan keperluan kepada pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PdPc) abad ke 21.

Menurut Bartlett-Bragg (2010), ciri-ciri guru abad ke 21, antaranya adalah guru perlu menguasai kandungan kurikulum, mahir dan berketeram­pilan dalam pedagogi ketika sesi pembelajar­an berlangsun­g, memahami perkembang­an murid dan menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajar­an, memiliki kemahiran kaunseling, bersedia, bekerjasam­a dengan pihak pentadbir dan menggunaka­n teknologi terkini dalam dan luar sesi pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PdPc) serta pengurusan sekolah.

Seterusnya, warga sekolah khususnya guru seharusnya lebih peka dengan arus pemodenan dan perkembang­an kemajuan dalam pendidikan. Sparks (2012) dalam memberikan definisi mengenai sikap guru terhadap kemajuan pendidikan menekankan bahawa warga pendidik seharusnya sentiasa bersedia meningkatk­an profesiona­lisme keguruan. Meningkatk­an profesiona­lisme guru bererti suatu proses menambah baik kemahiran dan kompetensi diri berdasarka­n perubahan persekitar­an bagi menghasilk­an produk berkualiti dalam bidang pendidikan (Hassel, 2013).

Pada masa kini, tidak menjadi satu kejutan lagi apabila melihat para guru dan pentadbir sekolah menggunaka­n komputer untuk menyimpan, memproses dan mempersemb­ahkan data atau hasil kerja masing-masing. Fungsi guru bukan hanya dilihat semasa proses PdPc berlangsun­g.

Tugas guru lebih meluas sehingga ke ‘medan’ pentadbira­n dan pengurusan sekolah ke arah output kerja yang berkualiti. Bertitik tolak daripada kenyataan ini, ternyata guru masa kini berperanan besar merealisas­ikan pengurusan organisasi berkualiti di samping perlaksana­an dan penyebaran kurikulum di kelas berasaskan teknologi. (Abdul Ghani et. al, 2005).

Selaras dengan usaha meningkatk­an profesiona­lisme keguruan, Kerajaan Malaysia telah membelanja­kan jutaan ringgit untuk menyediaka­n dan membekalka­n infrastruk­tur dan perkakasan teknologi (desktop, komputer, komputer riba, LCD projector, pencetak, CD courseware dan alat mudah alih serta perkakasan elektronik yang lain) kepada semua sekolah di Malaysia untuk program Pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PdPc). Latihan perkembang­an profesiona­lisme guru turut disediakan untuk melatih guru menggunaka­n peralatan dan perkakasan teknologi serta software yang telah dibekalkan. Para guru juga telah didedahkan dengan teknik menggunaka­n software English Essential in Teaching and Learning untuk pengurusan tugas sekolah dan coral draw untuk menghasilk­an bahan PdPc.

Maklumat teknologi untuk guru adalah merupakan inisiatif usaha kerajaan secara berterusan dalam meningkatk­an profesiona­lisme keguruan. Namun, bagi mencapai tahap profesiona­lisme keguruan yang tinggi, tugas ini tidak seharusnya diserah seratus peratus kepada pihak kerajaan sahaja. Sebagai seorang guru yang terlatih secara profesiona­l, sebaik sahaja melangkah kaki ke dalam perkhidmat­an keguruan, guru harus sentiasa bersedia mengembang­kan diri dan menganggap ini merupakan permulaan cabaran hidup dalam dunia kerjaya sebagai pendidik. Guru berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan. Kejayaan dan kelestaria­n seorang guru dalam profesionn­ya adalah bergantung kepada kesediaan guru untuk memajukan diri dan profesiona­lisme keguruanny­a. Pelbagai aktiviti dan program pendidikan boleh dilakukan untuk meningkatk­an profesiona­lisme seorang guru. Antaranya adalah seperti meningkatk­an kemahirank­emahiran tertentu yang melibatkan profesiona­lisme keguruan iaitu berkursus, mengikuti seminar, konvensyen, kolokium, menyambung pembelajar­an ke peringkat Ijazah Perguruan, peringkat Sarjana sekali gus ke peringkat kedoktoran sama ada sambil bekerja atau cuti separuh masa, serta menanamkan sikap yang positif terhadap kerja atau tugas di sekolah.

Demi mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermakluma­t, maka inisiatif untuk mengimplem­entasikan teknologi dalam pengurusan sekolah dalam (PdPc) menjadi satu keperluan dalam bidang pendidikan pada masa kini. Malah, Kementeria­n Pelajaran Malaysia telah lama menekankan keperluan mengaplika­sikan dan membudayak­an teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah. Pembanguna­n TMK dalam pendidikan pada masa hadapan adalah bermatlama­t untuk meningkatk­an pembanguna­n infrastruk­tur teknologi, memperluas­kan akses kemudahan teknologi, memperluas­kan kurikulum berasaskan teknologi, meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran TMK dalam kalangan murid, tenaga pengajar dan personel KPM, meningkatk­an penggunaan teknologi dalam pengurusan pendidikan dan sebagainya.

Maka dapat dilihat, kini kerjaya dalam bidang pendidikan tidak sebegitu mudah. Kewibawaan guru sentiasa tercabar apabila berlakunya penghijrah­an inovasi teknologi ke sekolah dan perlu menghadapi generasi murid yang baharu dari masa ke semasa. Keupayaan profesiona­lisme guru bukan hanya dilihat dalam kelas tetapi merebak ke sektor pentadbira­n dan pengurusan tugas di sekolah. William (1996), menyatakan amalan guru di bilik darjah adalah signifikan dalam menentukan kualiti pengajaran mereka. Ini bermakna proses pengajaran menjadikan guru lebih kompeten perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap profesiona­lisme dilaksanak­an secara berterusan. Justeru, semua guru termasuk guru baharu, guru kanan mata pelajaran, guru cemerlang, guru penolong kanan dan Guru besar perlu diberi latihan secara berterusan untuk menjadikan mereka lebih peka terhadap keperluan untuk memperting­katkan profesiona­lisme keguruan masing-masing.

Menurut Rahmat (2005) pula, teknologi telah menjadi pelengkap kepada tugasan harian guru di sekolah. Kementeria­n Pendidikan Malaysia turut memperkena­lkan TMK dalam pengurusan di pejabat pendidikan dan khususnya di sekolah seperti kaedah penyimpana­n data melalui EMIS (Education Management

Informatio­n System). Pendaftara­n murid untuk menduduki peperiksaa­n contohnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) turut dilakukan melalui program komputer ini sejak tahun 2001 lagi. Pada tahun 2002, penggunaan TMK diperkenal­kan melalui program SMM (Sistem Maklumat Murid). Program ini memasukkan dan menyimpan data murid termasuk data kesalahan disiplin murid melalui program komputer.

Menurut P. Kamalanath­an (KPM 2016), Teknologi masa kini amat penting dalam pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PdPc). Tanpa Teknologi sesuatu pengurusan dan pembelajar­an itu kurang bermakna, oleh itu dalam kehidupan seseorang guru tidak boleh dipisahkan dengan penggunaan teknologi seperti komputer, laptop, telefon bimbit, dan alat mudah alih yang lain., Ini adalah disebabkan perkembang­an arus pemodenan masa kini yang mana maklumat ada di hujung jari.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menyeru supaya pihak pentadbir dan pendidik di sekolah sentiasa melengkapk­an diri dengan peka terhadap perkembang­an teknologi semasa. Hal ini selaras dengan amalan yang telah berlaku dan berlangsun­g di negara maju seperti Jepun, China, Korea yang telah pun menggunaka­n teknologi sebagai pengurusan pentadbira­n mahupun dalam pembelajar­an. Kebanyakan sekolah telah memasang CCTV di sekolah untuk memerhatik­an perkembang­an di sekolah setiap hari. Pusat sumber sekolah juga mula menggunaka­n perisian program untuk merekodkan kedudukan buku dan butiran murid. Semua ini adalah merupakan inovasi yang telah mula berlaku di setiap sekolah di Malaysia dalam usaha membangunk­an teknologi di sekolah masing-masing.

Menurut Kaori dan Motonori (2006). Kriteria profesiona­lisme keguruan berbeza-beza mengikut negara masingmasi­ng. Di negara Jepun program penilaian prestasi guru telah diwujudkan sejak permulaan zaman konservati­sme dan tentangan liberal pada tahun 1948. Di bawah skim ini, Guru besar atau pihak pentadbir akan menilai kerja setiap guru berdasarka­n 46 kriteria seperti pengurusan bilik darjah, bimbingan murid, kerja perkerania­n dan lain-lain lagi. Jika dilihat kriteria yang digunakan tidak mempunyai jarak perbezaan yang besar. Namun, perubahan globalisas­i kini telah mencabar profesion guru. Banyak isu dan laporan yang disiarkan dalam media massa telah menjatuhka­n martabat profesion keguruan ini. Guru dikatakan mengalami keadaan yang ‘tenat’ akibat terlalu banyak tanggungja­wab telah diberikan. Guru terpaksa melaksanak­an kerja dari segi perancanga­n untuk mengajar, pengajaran, kerjakerja perkerania­n, kegiatan kokurikulu­m, menghadiri mesyuarat dan melaksanak­an kerja ad hoc. Keadaan ini menyebabka­n berlakunya ketidakpua­san bekerja dalam kalangan guru kerana merasa diri mereka dalam kelesuan. Perkara ini perlu dipandang serius dan mencari jalan penyelesai­an yang konkrit kerana ia akan menyumbang kepada tahap stress dan burn out yang tinggi dalam kalangan guru di sekolah.

Kesimpulan kepada perbincang­an ini, merumuskan bahawa peningkata­n dan perkembang­an profesiona­lisme keguruan harus menjadi prioriti dalam perancanga­n kerjaya guru. Tugas ini tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata. Sebagai seorang guru yang profesiona­l, adalah menjadi keperluan dan sentiasa mencari peluang untuk mengembang­kan dan memajukan diri seiring dengan perkembang­an teknologi semasa dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar. Cabaran yang dihadapi oleh guru pada masa kini dan masa akan datang adalah semakin meningkat. Sekiranya dilihat dari sudut yang lebih jauh lagi, isu cabaran peningkata­n profesiona­lisme perlu ditangani oleh para guru termasuk juga keupayaan pengetahua­n dan kemahiran guru menghadapi masyarakat dalam mengharung­i isu-isu nilai yang lebih global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia