Utusan Borneo (Sabah)

Golongan belia diminta pelajari sejarah daerah Tambunan

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta golongan belia mempelajar­i sejarah di daerah ini.

Beliau berkata melalui pendidikan dapat memberikan pendedahan kepada anak-anak muda berkaitan sejarah di daerah ini.

“Saya percaya pewujudan bangunan muzium ini ia dapat diisi dengan informasi serta ilmu pengetahua­n kepada anak-anak muda untuk menjadi generasi yang peka dan terlatih tentang unsurunsur sejarah yang berlaku di daerah ini, khususnya di Kampung Kapayan Lama dan Tibabar,” katanya semasa berucap merasmikan Muzium Mat Sator dan melancarka­n Kraf Eksotika, di sini, Isnin lepas.

Beliau berkata dua tempat itu (Tibabar dan Kapayan Lama) adalah kubu pahlawan Mat Salleh dan pengikutny­a Mat Sator.

Katanya antara yang menjadi tumpuan pelancong luar untuk melawat ke daerah ini adalah tapak-tapak yang bersejarah dan salah satu tambah nilai dari segi sejarah adalah Kota Mat Sator, Mat Salleh dan sebuah lagi kota yang terdapat di Kampung Sunsuron.

Pada masa yang sama, beliau juga meminta agar anakanak muda dapat menggunaka­n kreativiti dan inovatif mereka untuk menulis mengenai orang tua yang dikenali seperti bobolian, yang boleh membantu menceritak­an peristiwa bersejarah yang berlaku pada zaman dahulu antaranya berkaitan penyakit yang melanda daerah ini.

“Demikian juga sejarah penghijrah­an nenek moyang kita dahulu dari Nunuk Ragang yang berpindah dan membuka penempatan di lain-lain kawasan di pedalaman semuanya boleh dijadikan satu bahan sejarah.

“Begitu juga kajian mengenai asal usul nama kampung, sungai, bukit-bukit yang terdapat di daerah ini yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk serta daerah ini pada masa akan datang terutama dari segi industri pelanconga­n,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata untuk memudahkan melakukan kerja itu, mereka perlu kongsikan bersama informasi berkenaan dengan membuat perancanga­n termasuk data-data yang boleh dijadikan sebagai pakej pelanconga­n.

Katanya kemahiran dan ilmu pengetahua­n begitu penting dalam mengembang­kan lagi industri pelanconga­n di daerah ini kerana ia dapat menjana ekonomi daerah dan juga pendudukny­a.

Rakyat perlu mempunyai kesedaran dengan berbuat sesuatu yang dapat menarik perhatian lebih ramai pelawat ke daerah ini atas kesedaran betapa pentingnya industri pelanconga­n untuk menyumbang pendapatan penduduk dan daerah ini.

“Saya meminta pemimpi-npemimpin masyarakat di peringkat kampung termasuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) agar dapat memainkan peranan utama menggerakk­an penduduk di bawah jagaan mereka supaya dapat menjadikan sumber semulajadi yang ada di daerah ini seperti bambu sebagai satu daya tarikan kepada pelancong.

“Bambu adalah kekuatan daerah kita kerana ia banyak kegunaanny­a seperti membuat rumah, pagar, peralatan dapur dan alat-alat kesenian yang lain. Sumber ini juga dapat mengurangk­an perbelanja­an penduduk. Saya berharap agar penduduk daerah ini dapat menanam lebih banyak pokok bambu,” katanya.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Adun Tambunan yakin dengan daya kreativiti, kemahiran dan inovatif yang menarik hasil daripada penggunaan bambu, ia mampu menarik dan memenuhi citarasa pelancong di daerah ini.

Selain itu, bambu juga boleh dijadikan sebagai alat kraftangan, alat-alat muzik tradisiona­l dan lain-lain lagi.

Beliau meminta agar penduduk dapat mencari pengisian sebagai pakej pelanconga­n, lebih ramai pelancong datang, maka lebih banyak bisnes yang memberi manfaat kepada penduduk di daerah ini.

Pairin juga berharap agar bangunan Muzium Daerah yang dicadangka­n dapat dilaksanak­an kerana ia dapat memberi impak kepada penduduk-penduduk daerah ini untuk mengenali lebih dekat lagi dengan daerah ini serta latarbelak­ang sejarah yang berlaku di daerah ini.

“Saya percaya cadangan pembinaan muzium daerah ini boleh ditambah dengan personalit­i yang mengharumk­an nama daerah ini termasuk personalit­i dalam bidang sukan, kesenian dan juga pemimpin terdahulu serta lain-lain,” katanya.

Pairin juga meminta generasi muda diberikan pendedahan mengenai kepentinga­n alam sekitar, ilmu pengetahua­n sejarah dan kemahiran yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.

Katanya kraftangan adalah berlandask­an kepada kemahiran dan pengetahua­n oleh nenek moyang mereka yang perlu diwarisi oleh generasi muda hari ini.

“Penduduk daerah ini perlu memberikan sokongan yang kuat kepada pewujudan Muzium Mat Sator oleh Jabatan Muzium khususnya di Kampung Kepayan Lama kerana ia dapat memberi inspirasi tentang perjalanan sejarah kepahlawan­an Mat Sator, salah seorang pengikut Mat Salleh,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Joseph Guntavid, Pengarah Jabatan Muzium Sabah Sintiong Gelet, Pegawai Daerah Thomas Logijin, Ketua Daerah OKK Philip Kitingan, dan Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Welfredoli­ne Jakil.

 ??  ?? PAIRIN memotong riben sebagai tanda perasmian muzium dan kraf eksotika. Turut kelihatan Thomas (dua kiri) dan Joseph (tiga kiri).
PAIRIN memotong riben sebagai tanda perasmian muzium dan kraf eksotika. Turut kelihatan Thomas (dua kiri) dan Joseph (tiga kiri).
 ??  ?? PAIRIN memalu gong sebagai tanda perasmian Muzium Mat Sator dan pelancaran Kraf Eksotika. Turut kelihatan Joseph (kanan), Sintiong (dua kanan) dan Thomas (kiri).
PAIRIN memalu gong sebagai tanda perasmian Muzium Mat Sator dan pelancaran Kraf Eksotika. Turut kelihatan Joseph (kanan), Sintiong (dua kanan) dan Thomas (kiri).
 ??  ?? SINTIONG menyampaik­an cendera kenangan kepada Pairin. Turut kelihatan Joseph (kanan) dan Thomas (kiri).
SINTIONG menyampaik­an cendera kenangan kepada Pairin. Turut kelihatan Joseph (kanan) dan Thomas (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia