Utusan Borneo (Sabah)

KKHS AD Asia A, Tshung Tsin A juara Piala Spritzer

-

KOTA KINABALU: Pasukan KKHS AD Asia A muncul juara lelaki tetapi dinafikan gelaran juara berganda apabila gelaran juara wanita menjadi milik Tshung Tsin A pada Kejohanan Bola Keranjang Remaja Bawah 15 Tahun Piala Spritzer 2017.

Kejohanan yang berlangsun­g di Dewan Luyang pada 17 Jun- 1 Julai itu menyaksika­n KKHS AD Asia A merangkul gelaran juara dengan menumpaska­n Ravens 106-48 pada perlawanan akhir.

KKHS AD Asia A berpeluang merangkul gelaran juara berganda apabila pasukan wanitanya juga bersaing untuk gelaran juara tetapi tidak menjadi kenyataan apabila tumpas 42-63 kepada Tshung Tsin A.

Pertemuan antara KKHS AD Asia A dan Tshung Tsin A itu adalah perlawanan terakhir dan pertembung­an antara dua pasukan teratas saingan wanita yang dijalankan secara liga satu pusingan membabitka­n tujuh pasukan.

Kedua-dua turun pada kedudukan seimbang masingmasi­ng telah mengumpul 10 mata tetapi KKHS AD Asia A akhirnya akur menamatkan saingan itu di tangga kedua di belakang Tshung Tsin A.

Bagaimanap­un kekecewaan itu ditebus pasukan lelaki KKHS AD Asia dengan kemenangan bergaya menang besar ke atas Ravens pada perlawanan akhir berikutnya yang juga penutup tirai kejohanan berkenaan.

Perelawana­n penentuan tempat ketiga dan keempat lelaki yang dilangsung­kan lebih awal menyaksika­n Tshung Tsin Red mengecewak­an KKHS AD Asia B manakala tempat ketiga wanita adalah Kian Kok I-World dan keempoat Tshung Tsin B.

Anugerah individu pula menyaksika­n pemain KKHS AD Asia A, Adrian Heng diumumkan sebagai Pemain Lelaki Paling Berpotensi manakala Pemain Wanita Paling berpotensi adalah Michelle Cassandra Leo daripada pasukan Tshung Tsin A.

Anugerah pemain lelaki paling banyak melakukan jaringan tiga mata adalah Brian Lim daripada pasukan KIS manakala pemain wanita adalah Audrey Heng dari Kian Kok I-World.

Pertanding­an Slam Dunk pula dijuarai pemain Kian Kok I-World, Hiew Yang Jie.

Majlis penyampaia­n hadiah dan penutupan disempurna­kan Datuk Dr Yee Moh Chai.

 ??  ?? JUARA wanita, Tshung Tsin A bersama Yee dan tetamu kehormat lain semasa majlis penyampaia­n hadiah.
JUARA wanita, Tshung Tsin A bersama Yee dan tetamu kehormat lain semasa majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? JUARA lelaki, KKHS AD Asia A bersama Yee dan tetamu kehormat lain semasa majlis penyampaia­n hadiah.
JUARA lelaki, KKHS AD Asia A bersama Yee dan tetamu kehormat lain semasa majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia