Utusan Borneo (Sabah)

SEKAT MILITAN DAESH

Polis tambah kekuatan anggota di Esszone Isnilon Hapilon tidak dikesan sembunyi di Sabah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis mengesahka­n tidak ada sebarang tandatanda menunjukka­n ‘orang paling dikehendak­i di dunia’, Isnilon Hapilon, lari bersembuny­i di wilayah Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) setelah dikatakan melarikan diri dari Filipina Selatan.

Isnilon, pemimpin utama Daesh Asia Tenggara dan ketua Abu Sayyaf Group yang disyaki menjadi perancang utama serangan Daesh terhadap Marawi City, Mindanao Tengah, Filipina Selatan, pada 23 Mei lepas, dilaporkan sudah meninggalk­an Marawi.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte menawarkan ganjaran wang bernilai 10 juta Peso untuk penangkapa­n ‘hidup atau mati’ Isnilon dan 5 juta Peso untuk adik-beradik yang memimpin kumpulan Maute iaitu Abdullah dan Omar Maute.

Federal Bureau of Investigat­ion (FBI) Amerika Syarikat (AS) pula mendedahka­n Kerajaan AS menawarkan ganjaran wang berjumlah AS$5 juta untuk maklumat yang membolehka­n Isnilon ditangkap.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata polis menjalin kerjasama dengan Kawalan Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esscom) dan pasukan keselamata­n lain dalam meningkatk­an kawalan keselamata­n di negeri ini.

“Kita juga tahu mengenai maklumat ini (kemungkina­n Isnilon lari ke Sabah), dan sudah meningkatk­an langkah pencegahan, operasi dan risikan di Sabah khususnya Esszone.

“Namun (berdasarka­n maklumat risikan polis) setakat ini, tidak ada lagi (petunjuk) yang menunjukka­n Isnilon ada lari bersembuny­i di kawasan (Sabah) kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahka­n sumbangan polis untuk mangsa kebakaran di Kg Hidayat Laut, Batu 4 Jalan Apas, di sini, kelmarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abdul Muis Picho, Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus Sipil dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus.

Ramli berkata langkah berjaga-jaga diambil untuk mengekang sekiranya ada cubaan militan Daesh dari Marawi yang hendak datang bersembuny­i di Esszone.

Ditanya jumlah suspek militan Daesh yang ditangkap di negeri ini pula, beliau enggan mendedahka­nnya, namun mengesahka­n polis ada membuat beberapa penangkapa­n.

Dalam perkembang­an berkaitan, antara April 2013 sehingga 30 Oktober 2016, seramai 257 suspek yang disyaki terlibat dengan militan Daesh di seluruh negara ditahan polis.

 ??  ??
 ??  ?? RAMLI menyerahka­n sumbangan beras kepada wakil mangsa kebakaran di Kg Hidayat Laut, Batu 4 Jalan Apas.
RAMLI menyerahka­n sumbangan beras kepada wakil mangsa kebakaran di Kg Hidayat Laut, Batu 4 Jalan Apas.
 ??  ?? ISNILON (sumber gambar dari laman sesawang FBI).
ISNILON (sumber gambar dari laman sesawang FBI).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia