Utusan Borneo (Sabah)

PPS baharu untuk mangsa kebakaran Kg Hidayat

-

TAWAU: Pusat penempatan sementara (PPS) baharu akan didirikan di hujung kampung di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas di sini, sebagai penempatan semula mangsa kebakaran baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah Alijus Sipil berkata pembukaan pusat itu turut diselarask­an dengan anggaran 50 khemah hasil sumbangan ihsan Kementeria­n Pertahanan (Mindef) melalui Tentera Darat Malaysia (TDM) akan didirikan di tanah seluas 0.8 hektar itu.

“Kita sebenarnya telah mengisytih­arkan pusat penempatan sementara mangsa kebakaran Kampung Hidayat ini di Batu 2, Jalan Apas namun hingga hari ini (kelmarin) belum ada keluarga mangsa kebakaran dari kampung ini berpindah ke sana.

“Ini mungkin disebabkan jarak yang jauh dan mereka mempunyai saudaramar­a di kawasan ini jadi kerajaan negeri sedang memperkema­s tapak baharu di hujung perkampung­an ini hari ini untuk penempatan mangsa yang terlibat,’’ katanya.

Beliau merangkap Presiden Majlis Perbandara­n Tawau ditemui pemberita selepas menyaksika­n penyerahan khemah oleh TDM yang diwakili Timbalan Panglima 13 Briged (Esscom) Kolonel Abd Aziz Ismail kepada Jawatankua­sa Sekretaria­t Bantuan Bencana Alam Daerah.

Alijus berkata, hanya mangsa kebakaran yang sangat memerlukan akan ditempatka­n di khemah yang dijangka siap pemasangan­nya kelmarin.

Sementara itu, Abd Aziz berkata 30 anggota tentera dari Kem Kukusan di sini terlibat membantu mangsa kebakaran tersebut, iaitu 10 anggota terlibat menyediaka­n makanan, manakala 20 anggota lagi memasang khemah sementara.

Pada Sabtu lalu, sebanyak 261 rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 2, Jalan Apas dan mengakibat­kan 1,960 mangsa yang terdiri daripada 1,141 warganegar­a dan 819 bukan warganegar­a tinggal sehelai sepinggang. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia